Skip to main content

WARKAH UNTUK MAAHAD (2)

Kupanjatkan syukur kehadrat illahi,kerana restunya kita mampu bersua kembali.Rindu hati ini kian memuncak pabila mengingatkan sudah lama hati yang berpaut ini tidak bersama.Jari disusun dan diapit,memohon maaf daripada kalian atas pengasingan diri dari laman ini sebelum ini dek kerana kesibukkan urusan duniawi yang kupohon maghfirah dari Illahi.Teringat diri ini selaku khatib di Aidil Adha baru-baru ini,ketika mengingatkan diri dan jemaah di pagi hari suci Ummat ini, tentang kisah pengorbanan manusia agung Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail atas menyahut perintah dari Illahi.Kuimbas kembali,kepada pengorbanan yang dilakukan sepanjang hidup ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan keikhlasan pengorbanan kekasih sejati Illahi.Berbuih-buih diri ini menggelegak kerana dahagakan cinta Illahi namun semakin hari semakin hilang dek kegilaan nafsu serakah yang memusnahkan diri.Teringat daku kepada pesanan ayahanda Tok Guru kepada mereka yang bergelar khalifah di bumi ini "Semakin tinggi kedudukan seseorang itu,sepatutnya semakin bertambah perasaan keabdiannya kepada Allah".Mengenangkan diri ini yang tempang sewaktu di bumi Maahad Al-Namuzaaji,adalah tidak layak untuk aku perturunkan pesanan ini kepada kalian.Namun menyahut seruan dari Illahi,kugerakkan jari yang dhaif ini untuk mencuit hati kalian seketika,sejenak bersama merenung warkah kecil ini :

1)Peganglah amanah yang diturunkan sebaik mungkin dan tanamkan di dalam diri yakni pengorbanan yang dilakukan amat kecil dibandingkan pengorbanan mulia Nabi Ismail dan putranya Nabi Ismail. 2)Kami tidak pernah mahu disanjung dan dipuja tapi ingatlah kepada pesanan dan usaha orang-orang terdahulu kerana disana ada kenikmatan dan kejutan yang pasti melakari perjuangan ini. 3)Bekerjalah dalam pasukan dan didiklah diri mentaati orang yang lebih tinggi dan menyanjungi orang yang di bawah takluk ini. 4)Jika ada masalah yang membelit jamaah dan diri,ajaklah diri berkumpul dan berbincang dibawah teduhan bumbung illahi,tautkan hati berpegang kepada panji Illahi,untuk menambat hati agar tidak tersasar dari perjuangan yang suci. 5)Elakkan diri dari mencipta jamaah yang suku dan ajarlah diri memperkuatkan jemaah yang sudah gah berdiri.Kubimbangi ta'adud jamaah ini menjadi tudod yang mampu memecahkan rabitah ukhwah yang telah tersimpul mati. 6)Kurangkan berikhtilaf pada perkara furu' dari kaca mata badan (istilah persatuan utama di maahad),selagi nun di sana masih terselit jalan penyelesaian yang bisa meleraikan simpulan perbezaan itu. 7)Himpunkan seramai mungkin untuk bersatu di dalam satu saf,menyusun perancangan,merangka strategi untuk menggerakkan tindakan bagi memohon dikembalikan kuasa pelajar du bumi Maahad.Tapi pesanku,tindakan yang dilakukan ibarat menarik rambut di dalam gandum.Pastikan rambut tak terputus dan gandum tidak berselerak. 8)Kemaskini sistem pengkaderan untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang bakal meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan,bermula dari usia serebung buluh (Tingkatan 1) hingga seusia buluh mencakar awan.Suntik jiwa mereka dengan Ruh Din bermula dari Miftah lagi. 9)Kukuhkan keakraban inter jil dan intra jil kerna kesatuan ini mampu mengejutkan harimau-harimau yang sedang nyenyak tidur dalam jiwa ini. 10)Berilmu,beramal,bertakwa,berpesan-pesan,bersatu,berpakat,berpadu,berjemaah dan bergerak bersama-sama bagi mewujudkan legasi kepemimpinan yang akan disegani kawan dan digeruni lawan.Allahu akbar!!!

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini...