Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut :
YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati.
YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati.
Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15.
Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.Namun apa yang paling penting,diri ini akan memberikan khidmat yang terbaik jika dipilih nanti.
YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati,
Mohon perhatian daripada semua beberapa minit yang ada untuk kita melihat dan kita terokai keadaan negara dan global pada hari ini.Tahukah anda,John Tyler Hammons,mahasiswa Universiti di Amerika Syarikat yang baru berumur 19 tahun,telah memenangi pilihanraya Datuk Bandar pada 1 April 2008.Beliau yang juga Presiden MPP akhirnya telah dilantik sebagai Datuk Bandar Muskogee di Oklahama.Kita terbang pula ke negara Iran.Bagaimana Presiden Mahmod Ahmadinajed ketika berada di alam pengajian universiti telah memimpin gerakan Revolusi Iran.Pada hari ini,beliau dikenali presiden yang paling lantang mengkritik A.S.Tidak dilupakan juga,Bapa Kemerdekaan Negara Tunku Abdul Rahman.Beliau bersama -sama Tun Muhammad Ali telah menubuhkan Kelab Melayu Britain untuk menuntut kemerdekaan negara dipercepatkan.Pada tahun 1946 itu,beliau masih bergelar mahasiswa.
YBhg Dato' dan hadiri sekelian,
Inilah aura perubahan yang ada dalam diri kita.Kita boleh berubah.Yang berada di Nilai mahupun di Pandan,kita bersama-sama perlu berubah.
2 perkara penting yang perlu kita ubah bermula pada malam ini.Jika kita tidak ubah,dibimbangi merana akan menimpa diri.
Pertama,anda diminta untuk menjaga kad metrik anda dan membawanya pada hari pengundian.
Ke-2.Pilihlah calon yang terbaik dan jangan lupa undi Abdullah Bin Long,calon umum no.15.
Akhirnya,sebagai peringatan untuk kita bersama...
Jangan undi calon kerana rupanya,
Jangan undi calon kerana ketinggiannya,
Tapi undilah calon terbaik yang boleh memimpin kita.
Salam Perubahan...

Comments
agak kecewa tiada manifesto yang dibuat di pandan, kecewa lagi tak dapat lihat sendiri anta berpetah bicara, post kali ni pengubat kekecewaan tersebut
may the wind of change blow~