Kiriman gambar daripada abang menjelaskan keadaan banjir terkini di kampung. YB Kak Lah,Ahli Parlimen Wanita bagi kawasan Rantau Panjang turun sendiri menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir. Sumber : http://www.facebook.com/sitizailah?group_id=0 Assalamualaikum dan Salam dari Tanah Serendah Sekebun Bunga.... Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni sejak mendaftarkan diri bagi meneruskan pengajian peringkat Master.Alhamdulillah,hari ini dapat juga saya coretkan sesuatu untuk pengikut blog saya.Ini adalah perkongsian pengalaman saya ketika menghadapi banjir di Kelantan.Untuk pengetahuan sahabat semua,di belakang rumah saya adalah Sungai Golok.Kawasan rumah saya ini memang sentiasa dilanda banjir.Dan untuk pengetahuan semua juga,banjir ini ada musim-musim tertentu iaitu biasanya ia datang antara bulan Oktober hingga Januari. Alhamdulillah,sepanjang banjir yang pernah melanda,rumah saya masih belum lagi ditenggelami air sepenuhnya.Paling-palin...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.