Skip to main content

TERIMALAH SEADANYA.....




Untuk mengenali seseorang, perlulah kenal kelemahannya terlebih dahulu sebelum puncak kebanggaannya.Jika kelebihan dan pengiktirafan sosok tubuh yang diamati dahulu, bimbang kita akan tenggelam dengan dunia pujian singkat itu.Ramai yang biasanya akan terduduk diam apabila tanggapan pertamanya jauh tersasar daripada kenyataan yang dia lihat di depan mata.Kadang-kadang aku terasa sangat takut apabila ada yang mengenali diri ini dengan sekelumit pujian yang ditabur tanpa kenal sifat hina dan naif yang dimiliki.Takut-takut, ada yang bilang diri hipokrit dan penuh dengan kepura-puraan.

Oleh kerana itu, aku sentiasa berpesan kepada diri.Pesan dan terus berpesan jika mahu kenal seseorang, jangan terus terpesona dengan pakaian putih yang digantung tanpa mengenal akal budinya.Mata yang berkaca putih itu bisa berkesepian bila ia telah jatuh berkecai bak halilintar menerjah bumi.Permintaan sama juga aku titipkan buat teman-teman semua agar mengenali cacat cela diriku.Pujian yang diberi itu tidak langsung kuanggap sebagai penghormatan kerana bimbang ia hanya harapan palsu yang menggunung.Makin ia didaki, makin terlihat di puncaknya hanyalah sebuah batu biasa seperti terdampar di sawah kontang.

Aku tidak bisa selamanya berbohong kepada kalian bahawa aku juga insan biasa punya kelemahan.Namun kekurangan itu tertutup rapi dan kemas kerana rahmat dan belas kasihan Allah.Biarlah ia terbungkus kemas tanpa kalian minta daku membukanya.Ia seolah-olah aku mahu membuka sangkar burung emas yang telah lama dibuai mesra.Pun begitu, aku juga punya cita-cita untuk mengubahnya.Namun kepada siapa aku bisa menagih simpati melainkan hanya kepada Dia Allah.

Biarlah pena ini yang berbicara memohon ihsan kalian.Kalian itu jauh lebih mulia daripada diri ini.Usahlah terus terpukau dengan pakaian kehormatan dunia.Aku hanya mahu berteman seikhlas ada.Aku akan tetap berusaha untuk jadi yang sebaiknya.Namun, sekiranya saat kita tidak lama, satu pintaku agar terimalah daku seadanya.......

Di tengah sawah Siman, Ponorogo,Jawa Timur, Indonesia....
11.17 a.m. (Malaysia)

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

Uji Kefahaman dengan Quizizz

Kita masih membincangkan berkaitan tools for 21st century learning yang boleh digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Untuk entri kali ini, saya memilih untuk berkongsi salah satu tools yang boleh digunakan iaitu Quizizz. Quizizz boleh dimainkan secara langsung di dalam kelas bersama pelajar atau boleh juga dijadikan homework untuk pelajar. Sekiranya kita memilih untuk mengadakan game secara langsung di dalam kelas, ia boleh dilaksanakan secara berkumpulan (team), individu (classic) atau test. Pada pandangan saya, antara Quizizz dan Quizlet, Quizlet lebih menjadi pilihan dikalangan para pelajar. Walaupun demikian, Quizizz ini sesuai digunakan sekiranya mahu menilai kefahaman pelajar secara individu. Selain itu, ia boleh dijadikan soalan homework kepada pelajar di rumah. Saya sendiri akan menggunakan Quizizz sekiranya ingin menilai kefahaman pelajar secara individu dan ingin memberikan latihan kepada pelajar. Apa yang menarik mengenai Quizizz, guru dap...