Untuk mengenali seseorang, perlulah kenal kelemahannya terlebih dahulu sebelum puncak kebanggaannya.Jika kelebihan dan pengiktirafan sosok tubuh yang diamati dahulu, bimbang kita akan tenggelam dengan dunia pujian singkat itu.Ramai yang biasanya akan terduduk diam apabila tanggapan pertamanya jauh tersasar daripada kenyataan yang dia lihat di depan mata.Kadang-kadang aku terasa sangat takut apabila ada yang mengenali diri ini dengan sekelumit pujian yang ditabur tanpa kenal sifat hina dan naif yang dimiliki.Takut-takut, ada yang bilang diri hipokrit dan penuh dengan kepura-puraan. Oleh kerana itu, aku sentiasa berpesan kepada diri.Pesan dan terus berpesan jika mahu kenal seseorang, jangan terus terpesona dengan pakaian putih yang digantung tanpa mengenal akal budinya.Mata yang berkaca putih itu bisa berkesepian bila ia telah jatuh berkecai bak halilintar menerjah bumi.Permintaan sama juga aku titipkan buat teman-teman semua agar mengenali cacat cela diriku.Pujian yang diberi ...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.