Skip to main content

Posts

CERITA PEMANDU BAS

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti....

Nik Aziz: Rakyat Kelantan perlu setia pada Pemangku Sultan

KOTA BARU, Jan 13 – Kerajaan negeri yakin Tengku Muhammad Faris Petra telah bertindak dengan baik dalam melaksanakan tugasnya yang diamanahkan dalam menjalankan segala kuasa sebagai Pemangku Sultan Kelantan. Justeru, kerajaan negeri sentiasa patuh dan taat dalam menjalankan segala perkara yang dititahkan Pemangku Sultan Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan perkara itu pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. “Kerajaan negeri Kelantan adalah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat mengikut saluran undang-undang, iaitu melalui sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. “Selaras dengan tata urus dan pentadbiran kerajaan negeri yang dijalankan berlandaskan undang-undang, terutamanaya Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, maka kerajaan negeri sentiasa mematuhi serta menjalankan segala perkara yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia pada sepanjang masa. “Ini...

SEKILAS PANDANG

Bajet 2010 telah dibentangkan oleh YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia di dalam parlimen,lambang demokrasi negara.Pelbagai tafsiran diberikan,lantaran terbitlah sejuta sokongan dan kritikan untuknya.Disebutkan Bajet 1 Malaysia untuk semua lapisan tanpa mengira kedudukan bangsa dan agama dengan tema 1malaysia,kemakmuran bersama.Nikmat kemanisan telah dicurah untuk semua dengan sempadan ideologi politik bukan batasannya.Sekalung tahniah buat DS Najib,Perdana Menteri Rakyat kita semua.Tatkala timbul persoalan dibenak fikiran kecil ini maka sedikit analisis ingin dibuat demi kebajikan kita semua kerana Bajet 1 Malaysia,kemakmuran kita bersa ma.Sejauh manakah kebajikan para pelajar menjadi sandarannya dek kerana diskaun 50% perjalanan kereta api jarak jauh bukanlah buktinya apabila tiada penglibatan semua pelajar boleh menikmatinya.Lagipun,sebelum bajet 2010 dibentangkan,memang pelajar sudah menikmati diskaunnya.Persoalah mudah untuk kita semua.Benarkah wujud landasan kereta api menuju S...

BAHASA JIWA BANGSA

Kadang-kadang aku sedih memikirkan ketuanan Bahasa Melayuku di tanah air sendiri dibaikan begitu sahaja.Bahasa Melayu hanyalah sekadar termaktub dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi zahirnya ia hanya ditelanjangkan begitu sahaja.Ada pihak konon-kononnya bersuara tapi lantas diam membisu begitu sahaja.Asakan-asakan yang dibuat untuk menuntut ke tuanan bahasa hanya sekadar bermusim dan semangat kenakalan budak-budak jalanan sahaja.Apabila disergah,pejuang-pejuang itu lari bertempiaran tanpa ada yang mahu bersuara menuntut maruh kita bersama.Di mana bumi dipijak,disitulah langit dijunjung.Orang berbudi,kita berbahasa.Tapi semua itu hanya ungkapan dusta semata-mata apabila ia tidak dibuktikan oleh kita sang penuturnya.Hari demi hari bahasa meninggalkan kita.Ada yang malu menuturkan Bahasa Melayu kerana ia tidak bersifat universal katanya.Kalau dulu Bahasa Melayu diangkat dimana-mana sahaja,tapi kini Melayu yang berkereta besar,diselimuti hawa dingin gemar berBahasa Inggeris...

KENAIKAN GAJI WAKIL RAKYAT SATU KEWAJARAN??

Baru-baru ini,kita dikejutkan dengan cadangan SPRM agar kerajaan menaikkan gaji wakil rayat di Malaysia.Menurut SPRM,kenaikan gaji wakil rakyat ini perlu bagi mengelakkan wakil rakyat menerima rasuah.Timbul tanda tanya,adakah wakil rakyat kita menerima rasuah?Satu kajian telah diadakan oleh badan bebas tentang indeks penerimaan rasuah dikalangan ahli profesional atau berjawatan tinggi.Wakil rakyat mengungguli dalam 10 ranking utama mereka yang menerima rasuah.Adakah ini berpunca daripada kurangnya jumlah gaji y dangiterima??Adakah SPRM boleh memberikan jaminan bahawa dengan kenaikan gaji ini dapat menghalang wakil rakyat daripada terus makan suap??Kita mengetahui bahawa gaji wakil rayat berserta elaun yang diperolehi kini melebihi RM10 ribu ringgit.Ini tidak termasuk kemudahan percuma yang dinikmati oleh mereka.Mungkin mereka boleh berkata bahawa gaji mereka ini perlu disalurkan untuk kebajikan rakyat di parlimen mereka.Namun,benarkah wang itu akan disalurkan untuk kebajikan rakyat ata...