Skip to main content

Posts

KENYATAAN ISU BANJIR

Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa Berkebajikan!! Saya mengucapkan takziah terhadap rakyat negeri Kedah, Perlis, dan Kelantan khususnya mahasiswa/mahasiswi yang berasal dari negeri tersebut.Ucapan takziah ini juga saya tujukan khas kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Dato'Seri Ustaz Azizan atas bencana yang menimpa negeri Kedah.Sesungguhnya, setiap ujian dan dugaan daripada Allah ini ada hikmah disebaliknya.Sebagai rakayat Malaysia dan negeri Kelantan, saya cukup merasai kepayahan dan kesengsaraan rakyat negeri Kedah mengharungi dugaan dan ujian ini. Kerjasama yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap bencana yang menimpa negeri Kedah cukup mengagumkan saya.Bantuan demi bantuan telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk daripada parti-parti poltik dan NGO dari seluruh Malaysia.Apatah lagi, seluruh jentera kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri telah diturunkan dalam memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir ini terbela.Tidak dilupakan juga, nasib yang sama ju...

HASIL KUNJUGAN HORMAT MPP KE ATAS TNC (AA) USIM

ALUAN PENGERUSI MAJLIS (PROF. DR. MUSA AHMAD, TNC AA) Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan MPP kerana mengatur pertemuan rasmi bersama TNC AA dalam membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal akademik. Pengerusi mengakui keperluan mewujudkan platform antara pihak pengurusan universiti dan pelajar, sama ada secara khusus melalui mesyuarat rasmi atau melalui dialog terbuka di peringkat fakulti. Beliau turut mencadangkan agar pertemuan ini diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap semester. ALUAN YANG DIPERTUA MPP Yang Dipertua MPP, saudara Muhammad Hilmi Juhari mengucapkan terima kasih atas kesudian Y.Bhg.Prof. menerima kunjungan hormat daripada MPP. Yang Dipertua memaklumkan bahawa kunjungan hormat MPP bersama pihak pengurusan tertinggi universiti merupakan salah satu agenda tahunan MPP dalam membawa isu-isu penting melibatkan hal ehwal mahasiswa. Beliau turut memaklumkan kehadiran empat orang wakil pelajar program Tamhidi yang ...

SUARA SISWA 6 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam Suara Siswa buat semua.. Disini saya catatkan sedikit pengalaman dan ucapan saya semasa Siaran Langsung Suara Siswa baru-baru ini.Untuk makluman semua,pada awalnya saya hanya menemani Saudara Hilmi Juhari YDP MPP USIM ke Angkasapuri.Atas permintaan dan pelawaan daripada pihak RTM,saya telah ditawarkan sebagai ahli panel bersama YDP MPP USIM pada malam itu kerana kekurangan ahli panel yang sepatutnya bersiaran.Alhamduluillah,dalam keterbatasan masa yang ada,saya mendapatkan pertolongan daripada sahabat-sahabat bagi membincangkan tajuk pada malam itu.Dengan tajuk “MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL”,2 orang ahli panel dari USIM dan seorang dari MPP UNISEL telah berganding suara dalam mengupas tajuk pada malam itu.Saya berasa amat bersyukur kerana dengan pengalaman yang ada dan sedikit pengetahuan yang dimiliki,saya bersama-sama sahabat ahli panel yang lain mampu mengupas tajuk itu pada malam itu.Mungkin kupasan dari saya pada malam itu tidakl...

SUBSIDI PENDIDIKAN : BUKTI KERAJAAN BERKEBAJIKAN

Saya sedar bahawa kerajaan telah banyak menanggung kos pembiayaan subsidi kepada pelbagai lapisan rakyat di negara ini.Tindakan kerajaan yang mahu menilai dan mengkaji pemberian subsidi amatlah diharap tidak akan mengakibatkan kepada penarikan pemberian subsidi pendidikan kepada semua pelajar di peringkat rendah, menengah dan universiti.Kerajaan diharap untuk mengekalkan subsidi pendidikan sebagai bukti kesungguhan dan keperihatinan terhadap mutu kecemerlangan pendidikan negara. Sebagai seorang pelajar dan juga mahasiswa, saya percaya kerajaan akan memberikan perhatian serius terhadap mutu pendidikan negara khususnya melibatkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah.Saban tahun, banyak permohonan daripada golongan keluarga berpendapatan rendah yang memohon biasiswa kerajaan dan subsidi pendidikan kerana tidak mampu meneruskan pengajian mereka.Saya memandang serius kenyataan YB Timbalan Menteri Pengajiaan Tinggi bahawa 90 peratus pelajar di Institusi Pengajiaan Tinggi bergantung ke...

PERUTUSAN YDP MPP USIM SEMPENA KEMASUKAN PELAJAR TAMHIDI 2010/2011

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Iman dan Islam.Saya merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kita di Laman Ilmu Universiti Sains Islam Malaysia ini (USIM). USIM merupakan Universiti Islam pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad 21 ini. Ia merupakan IPTA yang ke-12 di negara ini dan diasaskan bertujuan memartabatkan Pendidikan Islam dan membawanya ke dalam arus pendidikan Negara. Sepanjang 10 tahun penubuhan USIM,banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai. USIM berhasrat mahu melahirkan graduan yang berketrampilan tinggi, berdisiplin, berkebolehan dan mempunyai keimanan yang jitu. Selaras dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 bertekad mahu melahirkan mahasiswa yang holistik, dinamik dan matang dalam menyahut hasrat universiti serta berdaya saing di arena Nasional dan Antarabangsa. Dengan tekad yang diletakkan, Majlis Perwakilan Pelajar bergerak untuk memacu kecemerlangan ilmu dan p...

WAWANCARA EKSKLUSIF SEMPENA 10O HARI MPP USIM

Untuk pengetahuan sahabat semua, pada 19 Mei 2010 merupakan 100 hari pentadbiran MPP USIM sesi 2009/2010.Bersempena dengan sambutan 100 hari tersebut, satu rakaman wawancara telah diadakan oleh krew Usim Online yang disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat.Rakaman ini telah diadakan pada 6 Mei 2010.