Skip to main content

Posts

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

MAHASISWA DI TAHUN BARU 2012

Gerbang sambutan tahun baru 2012 dibuka dengan penuh suram buat golongan mahasiswa.Walaupun hanya segelintir mahasiswa yang berhimpun di hadapan UPSI baru-baru ini,saya kira ia tetap membawa batang tubuh seluruh mahasiswa.Mana mungkin untuk kita menafikan diri mereka adalah mahasiswa seperti kita.Maknanya,apa sahaja yang mereka alami pada malam itu,saya dan anda semua yang juga mahasiswa akan merasakan perkara yang sama.Kita mahasiswa ibarat 1 keluarga kerana kita yang sebenarnya merasai keperitan dan kesusahan pada zaman kita.Mereka golongan-golongan yang telah berumur itu sudah lama meninggalkan alam mahasiswa ini dan jauh sekali dapat merasai apakah sebenarnya keadaan yang dialami kini. Menyentuh perhimpunan baru-baru ini oleh kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka BEBAS,saya kira ia adalah respon daripada perhimpunan yang telah diadakan oleh wakil daripada parti-parti politik tertentu samada daripada Pemuda,Puteri atau Wanitanya dan NGO-NGO yang bernaung bersama mereka.K...

NASIHAT BUAT SAYA DAN SAHABAT SEMUA

Bonda Siti Meriam binti Loman yang sedang bermain bersama cucunda tercinta Alhamdulillah,tinggal beberapa bulan dan sem sahaja lagi kita bakal menamatkan pengajian dan bakal bergelar graduan.Mesti banyak perancangan yang telah disusun oleh sahabat semua tatkala tamat pengajian nanti.Ada yang bercadang ingin manyambung pengajian lagi ke peringkat yang lebih tinggi,ada yang ingin bekerja dan bekerjaya dan tidak kurang juga yang mahu mendirikan segera rumah tangga bersama pasangan hati.Semua ini pasti diimpikan oleh kita semua.Namun begitu,tidak kiralah apa jua perancangan dan impian yang disusun,jangan lupa tugas dan peranan utama kita untuk berbakti dan membalas segala jasa ibu bapa kita yang membesarkan kita dan mendidik kita sehingga kita berjaya ke menara gading. Dalam Surah al-Isra' ayat 23-25,Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada ibu bapa. :"Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepad...

HUDUD : SEMUA PIHAK PERLU DUDUK SEMEJA

Saya merasa agak kecewa dan sedih dengan permainan media dan pihak-pihak tertentu dalam mensensasikan isu hudud demi kepentingan agenda sempit mereka.Benarlah jika dikata orang politik itu hanya tahu menjaga survival politik mereka sahaja asalkan mereka boleh kekal berkuasa dan memerintah sahaja.Persoalan menghormati agama dan norma kehidupan itu hanyalah perkara ke dua atau mungkin ke tiga dalam kamus kehidupan mereka.Apabila dekat sahaja pilihanraya, isu hudud ini akan dipalu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu dan menjatuhkan imej Islamik parti lawan.Astaghfirullah!!Di manakan prinsip dan pegangan Islam mereka ini? Hudud itu adalah hak Allah dan ianya bukan hak parti tertentu.Perlaksanaannya adalah wajib apatah lagi bagi kita yang dikatakan sebuah negara Islam.Kenyataan-kenyataan janggal seperti "Saya akan pastikan hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia","Hudud belum tiba masanya untuk dilaksanakan di Malaysia","Malaysia adalah negara multiraci...

KENALI ISU SEBENAR

Hari ini,banyak isu dan perkara yang dibangkitkan oleh media massa khususnya media arus perdana.Rakyat dan mahasiswa saban hari dimomok-momokkan dengan pelbagai isu baru dan lagaknya seperti panas.Namun, isu-isu itu hanyalah ibarat ayam berkokok, telornya sebiji tetapi riuhnya pula sekampung.Jika dianalisis dengan baik isu yang dilambakkan di media massa itu, tiada input dan manfaat yang kita perolehi sebagai rakyat mahupun mahasiswa.Apatah lagi, belum reda lagi sesuatu isu yang dibuat-buat, bangkit pula isu baru yang pasti tidak akan senyap sampai bila-bila.Isu itu pasti akan dibangkitkan dan terus dibangkitkan.Kadang-kadang naik muak kita memerhatikannya. Tidak keterlaluan jika diibaratkan isu yang sengaja diada-adakan itu seperti sampah kepada pemikiran kita sahaja.Jadi, tidak perlulah kita memikirkannya kerana ia hanyalah sekadar isu yang memang telah disengajakan dan dirancang.Sebagai rakyat dan mahasiswa, amat wajar kita kenal pasti isu sebenar disebalik isu yang sengaja diada-ad...

INILAH JALAN KITA.....

Inilah jalan yang kita pilih.Jalan sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh dengan agama.Kita rela untuk mewakafkan diri demi perjuangan Islam.Kita tidak runsing untuk menegakkan agama Allah kerana keyakinan kita bahawa pertolongan Allah akan datang.Kita pula tidak akan sekali-kali gentar apabila diasak oleh musuh-musuh Islam samada dari dalam atau luar.Semakin banyak ugutan dan kecaman yang kita terima,semakin tinggi semangat juang dan keimanan kita. Inilah jalan yang kita pilih.Jalan yang tidak ada bengkok dan cacat-celanya.Jalan sebagai seorang mahasiswa dan penuntut bidang jurusan agama.Jalan yang jarang ada mereka yang sanggup melaluinya kerana memikirkan amanah dan bebanan yang akan dipikul.Sekali kita telah masuk ke jalannya,kita sekali-kali tidak akan berpatah balik.Ilmu yang diterima perlu diaplikasikan dalam masyarakat.Kita yang akan memimpin masyarakat dan bukan masyarakat yang memimpin kita. Inilah jalan yang kita pilih.Jalan sebagai seorang hamba Allah.Tidak kiralah sia...

MENSYUKURI NIKMAT RAMADHAN (2)

Ramadhan Kareem...Ucapan ini seringkali kita dengar di bulan yang mulia ini.Ucapan yang menunjukkan betapa mulianya Ramadhan buat kita ummat Islam semua.Ramadhan bukan hanya bulan puasa semata-mata tetapi adalah bulan ibadah untuk kita.Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat disamping meningkatkan ibadah wajib sehari-hari.Disebutkan bahawa ibadah sunat akan digandakan pahalanya seperti amalan wajib dan ibadah wajib digandakan 70 kali ganda.Sungguh hebat bagi mereka yang benar-benar mengabdikannya dirinya di bulan Ramadhan ini. Bila disebutkan puasa bermakna kita mencegah diri kita daripada makan dan melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa.Ini bermakna, bukan hanya puasa perut sahaja bahkan puasa mulut, telinga, mata dan seluruh anggota pancaindera.Oleh kerana itu, jika di bulan puasa seseorang itu mengumpat, maka orang lain akan berkata kepadanya adakah awak ini berpuasa?Jika beginilah ucapannya, maknanya yang bertanya itu benar-benar faham pengertian dan tuntut...