Skip to main content

Posts

POLITIK KITA

Dalam politik macam-macam ada, Hilang teman hilang saudara; Di depan bermanis buka, Di belakang tikam tak kira siapa. Dia tuduh kamu, kamu tuduh dia, Yang penting siapa kuat pengaruh dia berkuasa; Saya betul bukan dia, Kelabu mata emas disangka suasa. Lobi bukan cara kita, Fitnah adu domba bukan juga; Bila berpencak mula lupa, Kerana kuasa matlamat utama. -28 Jun 2013-

REZEKI BANJIR DI KELANTAN

Kiriman gambar daripada abang menjelaskan keadaan banjir terkini di kampung. YB Kak Lah,Ahli Parlimen Wanita bagi kawasan Rantau Panjang turun sendiri  menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir. Sumber : http://www.facebook.com/sitizailah?group_id=0 Assalamualaikum dan Salam dari Tanah Serendah Sekebun Bunga.... Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni sejak mendaftarkan diri bagi meneruskan pengajian peringkat Master.Alhamdulillah,hari ini dapat juga saya coretkan sesuatu untuk pengikut blog saya.Ini adalah perkongsian pengalaman saya ketika menghadapi banjir di Kelantan.Untuk pengetahuan sahabat semua,di belakang rumah saya adalah Sungai Golok.Kawasan rumah saya ini memang sentiasa dilanda banjir.Dan untuk pengetahuan semua juga,banjir ini ada musim-musim tertentu iaitu biasanya ia datang antara bulan Oktober hingga Januari. Alhamdulillah,sepanjang banjir yang pernah melanda,rumah saya masih belum lagi ditenggelami air sepenuhnya.Paling-palin...

TIDAK PERNAH KU LIHAT TEMPAT SEINDAH KAWAH BROMO

Alhamdulillah,ketika lima bulan di Indonesia,saya telah diberikan kesempatan ruang dan peluang untuk menjejakkan kaki di puncak Bromo,Jawa Timur Indonesia.Perjalanan ke sana sekitar 3 jam dari Kota Surabaya.Kami terpaksa berangkat ke sana pada malam hari kerana pemandu arah yang juga supir (pemandu) seorang guru dan perlu mengajar di sekolah pada siang hari.Sedikit pengenalan tentang latar belakang Kawah Bromo ini untuk sahabat-sahabat blogger semua. Gunung Bromo merupakan Gunung Berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek wisata di Jawa Timur Indonesia.Sebagai objek wisata atau tempat pelancongan,gunung ini menjadi menarik kerana ia juga merupakan gunung berapi yang masih aktif meletus.Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut dan terletak di dalam empat wilayah iaitu daerah Probolinggo,Pasuruan,Lumajang,dan Malang.Bentuk Bromo ini seperti lembah dan mempunyai lautan pasir di sekitarnya.Gunung Bromo ini juga mempunyai sebuah kawah dan kawah ini ...

SELAMAT BERANGKAT BUAT JEMAAH HAJI

Di bulan ini,sebahagian saudara-saudara kita telah mendapat panggilan menunaikan haji.Apakah istimewanya Haji ini sehingga semua kita mengimpikan untuk menunaikannya.Saya masih ingat ketika masih kecil dahulu menghantar ibu dan ayah tercinta ke Lapangan Terbang Hatyai Thailand untuk berangkat menunaikan haji.Saat itu mereka sungguh gembira apabila telah terpilih menjadi tetamu Allah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ayam di reban.Ibadah haji ini sangat istimewa.Ia melibatkan ibadah fizikal dan hati.Apatah lagi,waktunya telah ditetapkan Allah pada bulan tertentu sahaja dan tempatnya pula hanya di Makah. Nabi pernah bersabda,"Haji yang Mabrur itu tiadalah balasan lain kecuali hanyalah syurga".Ikhlaskan niat kita untuk berangkat menunaikan haji.Kita ke Makah hanya mahu menunaikan ibadah dan menyempurnakan rukun Islam yang ke-5.Buangkan ke tepi niat-niat untuk melancong,membeli-belah jubah dan jilbab dan yang lain-lain itu.Bila telah terpilih menjadi tetam...

KITA TIDAK SEMPURNA, MAKA TAUBAT PENAWARNYA

Ada lima perkara yang perlu dilakukan secara cepat iaitu menguburkan atau mengebumikan jenazah, mengahwinkan anak perempuan yang telah bersedia, membayar hutang, menghidangkan makanan kepada musafir yang bertamu ke rumah dan akhirnya adalah bertaubat apabila melakukan dosa.Taubat berasal daripada kalimah Taba, yatubu yang ertinya kembali daripada apa yang dilarang oeh Allah atau pulang kepada perintah Allah.Nabi pernah bersabda bahawa setiap manusia atau anak Adam itu pasti ada dosa.Dan sebaik-baik orang berdosa adalah mereka yang bertaubat kepada Allah.Tiada seorang pun yang  sempurna tanpa sebarang dosa dan kesalahan.Cuma, orang yang paling baik itu apabila telah melakukan dosa, dia akan segera ingat kepada Allah dan bertaubat atas dosa yang dilakukan. Iblis telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan mengganggu kita semua anak Adam selagi mana roh berada dalam jasad.Iblis itu akan menarik ke tempat dosa dan maksiat.Namun Allah membalas kepada Iblis dengan mengatakan walaup...

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini...

MENCARI JODOH YANG DIANJUR NABI

Apabila seseorang igin mendirikan rumah, banyak plihan dan perimbangan yang perlu dibuat.Dari lokasi tempat yang ingin didirikan rumah hinggalah kos yang perlu disediakan.Demikian jugalah dengan bagaimana kita ingin mendirikan rumah tangga.Jodoh yang bagaimana yang perlu dipilih untuk bersama kita membina rumah tangga.Adakah jodoh itu akan bersama kita membina sebuah syurga atau neraka rumah tangga. Cinta itu harus dijaga dengan rapi.Jangan biarkan ia jatuh ke tempat yang tidak sepatutnya kerana cinta  tidak akan tumbuh di tanah yang gersang.Cinta itu akan mendatangkan semangat dan tenaga buat kita.Jarang sekali ia akan melemahkan dan menjatuhkan kita.Kecuali sekiranya cinta itu diberikan kepada yang tidak sepatutnya.Oleh itu, cinta itu harus disalurkan dengan nilai-nilai agama.Kerana apa-apa sahaja yang disalurkan dengan nilai agama, semuanya akan menjadi lebih indah dan segar. Sekiranya telah bertemu cinta, semuanya akan indah.Buktinya bila telah jatuh cinta, semuanya s...