Skip to main content

Posts

DEBAT NC KEMBALI!!!

Salam Perdebatan...Setelah berhempas pulas bagi menjuarai DEBAT NC tahun lepas,pasukan sama yang pernah mewakili TAMHIDI akan berentap pula pada tahun ini tetapi bakal mewakili FSU pula.Seperti biasa,aku dan rakan-rakan yang lain yang pernah bersama meraih kemenangan pada tahun lepas terpaksa merampas kembali piala yang kami tinggalkan di Tamhidi dan bakal mencetuskan kembali kejutan pada tahun ini.Kami tidak pernah menaruh harapan yang tinggi pada kejohanan kali ini tapi impian diri ingin merebut kembali piala yang hakikatnya milik kami.Haaaa.......Ini bukan khayalan tapi realiti yang perlu dijunjung oleh semua pendebat FSU tanpa mengira kategori BA,BM dan BI.Aku meyakini kejayaan yang dicapai sewaktu Tamhidi dek kerana kesepakatan dan kerjasama seluruh pendebat dan sahabat-sahabat di Tamhidi.Sokongan dan kerjasama yang diberikan telah membuktikan Tamhidi mampu menundukkan Lagenda debat FSU di pentas Akhir.Justeru,aku mengharapkan kembali kerjasama daripada sahabat-sahabat di FSU tanp...

KEKEJAMAN ZIONIS: DUNIA ISLAM BERTANGGUNGJAWAB

Suara tangisan rakyat Palestin sayu-sayu kedengaran di cerobong telingaku.Makin kucuba amati, suara itu berlari-lari meninggalkan diriku. Suara itu mula ditenggalami dengan bunyian roket dan bom r ejim zionis yang ditaja dunia Amerika.Terdengar juga suara –suara malu yang menyeru dibelakang supaya dihormati hak asasi manusia daripada dunia Arab yang sedarah daging dengan mereka.Lantas suara malu itu dicantas dengan hanya sergahan manja rejim zionis dan sekutunya. Terdiam kaku jiwa-jiwa tadi yang kononnya meletakkan Islam sebagai agam a pentadbiran mereka. Aku cuba lagi melapangkan telinga, takut-takut ada suara lain lagi yang meronta-ronta supaya penjenayah itu dikecam dan dihapuskan.Namun, suara halus yang dahagakan pertolongan juga yang bermain-main di telingaku. Hati kecil aku mula meraung dan meronta-ronta.Tapi apakan daya,kekerdilan diri ini tidak mampu mencantas duri dan memujuk semalu tampil memberikan pertolongan.Jiran terdekat hanya mampu memberikan tahi ayam walau haruman bun...

INGAT PESAN BONDA

Salam Maal Hijrah buat kalian yang dicintai.Disebalik tabir ungkapan keramat Maal Hijrah,marilah sama-sama kita mengingati perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. atas pengorbanan yang dilakukan demi melihat Islam sebagi Al-Deen dan terpacak dimuka bumi ini.Selaku ummat yang mencintai baginda,sewajarnya kita menjaga amanat yang diberikan lantas melaksanakan demi melihat kesyumulan Islam diterima oleh seluruh makhluk di muka bumi ini.Geram hati ini apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Laknatullah semalam yang telah membedil dari udara dan menyebabkan seramai 270 orang rakyat Palestin menemui syahid di tanah suci tercinta.Hati ini terus memuncak kemarahan apabila terpacul keluar dari Presiden Palestin yang mengutuk dan menyalahkan Hamas atas jen ayah yang dilakukan Yahudi sedangkan seluruh negara Arab dan Eropah sibuk mengutuk Yahudi atas kekejaman yang dilakukan.Persoalan ialah Siapakah sebenarnya penyokong Ummat Islam?Fatah atau negara Eropah yang lain?Tepuk dad...

WARKAH UNTUK MAAHAD (2)

Kupanjatkan syukur kehadrat illahi,kerana restunya kita mampu bersua kembali.Rindu hati ini kian memuncak pabila mengingatkan sudah lama hati yang berpaut ini tidak bersama.Jari disusun dan diapit,memohon maaf daripada kalian atas pengasing an diri dari laman ini sebelum ini dek kerana kesibukkan urusan duniawi yang kupohon maghfirah dari Illahi.Terin gat diri ini selaku khatib di A idil Adha baru-baru ini,ketika mengingatkan diri dan jemaah di pagi hari suci Ummat ini, tentang kisah pengorbanan manusia agung Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail atas menyahut perintah dari Illahi.Kuimbas kembali,kepad a pengorbanan yang dilakukan sepanjang hidup ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan keikhlasan pengorbanan kekasih sejati Illahi.Berbuih-buih diri ini menggelegak kerana dahagakan cinta Illahi namun semakin hari semakin hilang dek kegilaan nafsu serakah yang memusnahkan diri.Teringat daku kepada pesanan ayahanda Tok Guru kepada mereka yang bergelar khalifah di bumi ini "Semak...

RINTIHAN JIWA YANG BERHARAP KEPADANYA

Bertemu kita kembali di arena siber,arena yang cukup tenang tanpa gangguan emosi yang memudaratkan fikrah dan memusnahkan illusi.Kumulai kalam yang mulia dengan mengajak pencinta sekelian untuk menguatkan hubungan dengan Allah dan menambat rabitah ukhwah sesama kita.Sesungguhnya sudah hilang kabus dan jerebu yang menutupi mata dan telah terangkatlah hijab yang me nunjukkan di sana ada rabitah yang kuat antara ilmu fiqh dan tasawuf.Tiada guna ibadah yang dikatakan sempurna tanpa menghadirkan Allah dalam ibadahnya lantaran kerana kekhusukkan dan kemanisan pengabdian diri kepada zat yang suci.Hati akan terus bergelora dan menari mengikut arus kehidupan duniawi dan paluan gendang kehidupan jika tanpa ditelusuri ilmu kebatinan dan hati yang mampu menenangkan jiwa yang gundah ini.Kita tidak mampu melayari lautan yang bergelora tanpa menunjukkan ketaatan kepada sang pengemudi dengan penuh penghayatan dan pengharapan.Aslinya ilmu ini(yaitu jalan tasawuf) adalah tekun beribadah, berhubungan lan...

ANTARA HARAPAN FAKULTI DAN IMPIAN DIRI

Salam Keamanan buat semua.Kuhulurkan tangan,berjabat mesra memohon kemaafan jika kalam yang akan diutarakan ini punyai kekhilafan antara kita.Berpegang kepada hak kebebasan bersuara di bawah naungan payungan gergasi PBB,aku tampil mengutarakan pandangan,memohon perhatian sahabat seperjuangan sekalian.Walaupun pada mata zahirnya,aku bercerai talak satu dengan SMSU,namun diri ini masih menunggu waktu tamatnya iddah natijah kita bersama dahulu.Kuharap waktu ini berpanjangan dan berlarutan tanpa dipisahkan oleh Laut China Selatan yang seringkali mengganas,membawa petanda dan amaran kepada manusia sejagat.Ikhlas hati ini mengatakan perasaan cinta terhadap rakan-rakan SMSU masih berkekalan disanubari.Jauh di dalam hati kecilku mengimbas kembali kenangan waktu kita bersama,bercangkarama di bawah sinaran kilauan matahari,dihujani percikan Air Terjun Sg Tekala yang pasti menunjukkan kebesaran dan keindahan ciptaan Illahi.Pendek kata,hati ini masih terikat dan ditambat dengan rabitah Ukhuwwah F...