Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010

CERITA PEMANDU BAS

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

Nik Aziz: Rakyat Kelantan perlu setia pada Pemangku Sultan

KOTA BARU, Jan 13 – Kerajaan negeri yakin Tengku Muhammad Faris Petra telah bertindak dengan baik dalam melaksanakan tugasnya yang diamanahkan dalam menjalankan segala kuasa sebagai Pemangku Sultan Kelantan. Justeru, kerajaan negeri sentiasa patuh dan taat dalam menjalankan segala perkara yang dititahkan Pemangku Sultan Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan perkara itu pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. “Kerajaan negeri Kelantan adalah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat mengikut saluran undang-undang, iaitu melalui sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. “Selaras dengan tata urus dan pentadbiran kerajaan negeri yang dijalankan berlandaskan undang-undang, terutamanaya Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, maka kerajaan negeri sentiasa mematuhi serta menjalankan segala perkara yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia pada sepanjang masa. “Ini