Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

MARHABAN YA RAMADHAN

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan. Ramadhan ibarat sebuah Universiti Terbuka kepada kita semua ummat Nabi Muhammad S.A.W. Tidak ada syarat yang dikenakan untuk kita menjadi pelajar di Universiti Ramadhan. Yang penting, kita perlu ada persiapan fizikal dan mental sahaja agar kita dapat menjalaninya dengan cemerlang. Banyak kelebihan-kelebihan berkenaan bulan Ramadhan ini. Apatah lagi, bulan ini juga datang selepas berlalunya bulan Rejab dan Syaaban yang mulia. Kalau di negara-negara Arab, mereka seolah-olah berpesta bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Berbeza pula dengan negara kita yang sibuk berpesta apabila ingin menyambut Hari Raya. Antara keistimewaan yang dicatatkan berkenaan bulan Ramadhan ini, Allah S.W.T menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Bulan Ramadhan bulan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai pet