Friday, October 12, 2012

TIDAK PERNAH KU LIHAT TEMPAT SEINDAH KAWAH BROMO


Alhamdulillah,ketika lima bulan di Indonesia,saya telah diberikan kesempatan ruang dan peluang untuk menjejakkan kaki di puncak Bromo,Jawa Timur Indonesia.Perjalanan ke sana sekitar 3 jam dari Kota Surabaya.Kami terpaksa berangkat ke sana pada malam hari kerana pemandu arah yang juga supir (pemandu) seorang guru dan perlu mengajar di sekolah pada siang hari.Sedikit pengenalan tentang latar belakang Kawah Bromo ini untuk sahabat-sahabat blogger semua.

Gunung Bromo merupakan Gunung Berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek wisata di Jawa Timur Indonesia.Sebagai objek wisata atau tempat pelancongan,gunung ini menjadi menarik kerana ia juga merupakan gunung berapi yang masih aktif meletus.Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut dan terletak di dalam empat wilayah iaitu daerah Probolinggo,Pasuruan,Lumajang,dan Malang.Bentuk Bromo ini seperti lembah dan mempunyai lautan pasir di sekitarnya.Gunung Bromo ini juga mempunyai sebuah kawah dan kawah ini telah menjadi tempat tumpuan paling ramai pelancong yang berkunjung ke sana.

Sumber : id.wikipedia.org

Sejujurnya,saya tidak pernah melihat tempat seindah Bromo ini.Gunung berapi yang menjadi tempat tumpuan wisatawan dan pelancong dari seluruh pelusuk dunia.Saya merasa seolah-olah berada di sebuah tempat di luar bumi Indonesia.Tempat yang pasti menggamit semua pelancong yang berkunjung ke sana.Sesiapa yang hadir pasti mendapatkan sesuatu yang luar biasa.Tidak pernah terbayang di sudut fikiran saya bahawa ada sebuah gunung berapi yang masih aktif sesejuk dan sedingin Bromo.Apa yang saya belajar selama ini dalam subjek Geografi,bila sebut sahaja gunung berapi,pasti dibayangkan tempat itu panas dan bahaya untuk dikunjungi.Namun lain pula ceritanya dengan Bromo,Jawa Timur,Indonesia ini.Ia tidak panas dan menjadi tumpuan ribuan bahkan jutaan pelancong dari seluruh negara di dunia.

Saya tinggalkan sahabat-sahabat blogger dan pengunjung blog saya dengan beberapa keping gambar yang sempat dirakam di sana.Kata orang : "A picture can tell a thousand words".



Di rumah penginapan milik penduduk Bromo sebelum berangkat ke puncak Kawah Bromo.Gambar ini dirakam jam 2.30 pagi waktu Indonesia.Cuaca sangat sejuk ketika itu.



Ahli rombongan yang bersama ke sana.



Wajah-wajah yang puas hati apabila telah berjaya menakluk puncak Bromo.


Rehat santai di kawasan Kawah Bromo.Tempat ini juga menjadi lokasi pengambaran filem di Indonesia.


Di permukaan kawah bromo atau gunung berapi.Kelihatan kepulan asap dari kawah.


Di puncak Kawah Bromo.Melihat matahari terbit di pagi hari.


Tumbuhan yang hidup segar di kawasan Kawah Bromo.



Sangat puas hati dan hilang segala masalah apabila melihat sesuatu seindah ini.


SubhanAllah!!Hanya Allah yang mengetahui hati saya saat ini.


Manifestasi kesyukuran berjaya menakluk puncak Bromo.

Wednesday, October 10, 2012

SELAMAT BERANGKAT BUAT JEMAAH HAJI


Di bulan ini,sebahagian saudara-saudara kita telah mendapat panggilan menunaikan haji.Apakah istimewanya Haji ini sehingga semua kita mengimpikan untuk menunaikannya.Saya masih ingat ketika masih kecil dahulu menghantar ibu dan ayah tercinta ke Lapangan Terbang Hatyai Thailand untuk berangkat menunaikan haji.Saat itu mereka sungguh gembira apabila telah terpilih menjadi tetamu Allah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ayam di reban.Ibadah haji ini sangat istimewa.Ia melibatkan ibadah fizikal dan hati.Apatah lagi,waktunya telah ditetapkan Allah pada bulan tertentu sahaja dan tempatnya pula hanya di Makah.

Nabi pernah bersabda,"Haji yang Mabrur itu tiadalah balasan lain kecuali hanyalah syurga".Ikhlaskan niat kita untuk berangkat menunaikan haji.Kita ke Makah hanya mahu menunaikan ibadah dan menyempurnakan rukun Islam yang ke-5.Buangkan ke tepi niat-niat untuk melancong,membeli-belah jubah dan jilbab dan yang lain-lain itu.Bila telah terpilih menjadi tetamu Allah,kita ke sana meninggalkan harta,anak dan keluarga,kerja   juga pangkat.Kita semuanya bersusun-susun menuju ke Baitullah.Kalau semua itu ditunaikan dengan hati yang masih tidak ikhlas,ertinya haji itu hanyalah sia-sia.Bila hati ikhlas,semua yang kita laksanakan akan bahagia.

Mana-mana ibadah sahaja yang mahu dilaksanakan,semuanya perlu ikhlas niatnya.Jangan ia dirapuhkan dengan kepentingan dunia yang sementara.Saudaraku,bila seseorang telah mampu menunaikan haji namun masih beralasan untuk tidak mahu menunaikannya,dia sebenarnya telah menolak jemputan istimewa dari Allah menjadi tetamuNya.Sedarilah,bila umur telah sampai,belum tentu wang kita cukup.Tapi,apabila umur telah sampai,wang sudah cukup dan telah mendapat jemputan ke sana,bersegeralah kita berangkat ke sana.

Selamat Berangkat Menunaikan Haji buat semua.Doakanlah agar kami yang lain-lain bisa juga berangkat ke sana.