Wednesday, November 25, 2009

SEBUAH PENGORBANAN

Salam kerinduan .Terlebih dahulu,fikrah mahu mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua.Rasanya telah lama tidak menjamah kekunci ilmu ini.Lantas keinginan membara membaluti diri kerana cinta yang menggunung buat semua.Dihembus nafas kalimah syukur terhadap Illahi atas nikmat yang tidak terperi .Lega memikirkan seminggu bergelumang dengan gelombang peperiksaan baru-baru ini.Jika difikirkan,itu hanya imtihan dunia,belum lagi akhirat sana.Untuk makluman semua,ketika kalam ini diterbangkan ,kaki ini sedang mencicah air banjir yang melimpah dari asasnya.Mungkin tahun ini,terpaksa lagi beraya di sebuah pulau yang cantik,indah memikat jiwa.Bukan ini kali pertama berkorban sebegini rupa,mungkin dua,tiga atau sudah lima jika difikirkan seketika.Tapi,tahun ini tidak lama aku beraya bersama keluarga tercinta, terpaksa lagi meninggalkan teratak ini dek kerana panggilan korban lagi di sana.Inilah hari raya Aidil Adha.Hari raya korban untuk semua.
Sudah menjadi lukisan alam akan tercatanya sunnah ikutan dari Illahi untuk dilalui bersama.Kita tidak mampu menolak ini semua selagi bergelar hamba di dunia sementara .Hidup ini ibarat melintasi jambatan buruk yang reput sedang menunggu waktu rebah menimpa tanah bakal menimbusi kita semua.Jangan fikir kita kekal selamanya kerana kita hanya pengembara sementara sahaja.Oleh itu,perlu mengikut suratan takdir Illahi selaku hambanya yang perlu mengabdikan diri kepada Ia,Sang Pencipta.Teringat seketika buat seorang Bentara Guru yang cukup tinggi ilmunya.Wrak dan tawadhuk usah diperkata apabila kejernihan mukanya ditenung seketika.Peluh menitis daripada raut wajahnya bukti keagungan budi pekertinya.Bukan dunia menunggangnya tapi beliaulah penunggang terhebat jika difikirkan bersama.Meninggalkan kemewahan dari sebuah mahligai di hiasi permata,ke sebuah rumah di ceruk Pulau Melaka,nun jauh di sana.Besar sungguh pengorbanan Tok Guru kita semua.
Mengimbas kembali pengorbanan junjungan agung kita semua.Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail insan terulung utusan tuhan pencipta.Ketika orang lain bergembira bersama anak dan isteri tercinta,namun perinta hturun meminta agar dikorban nikmat pinjaman buat seketika.Leher lembut dijadikan taruhan ,untuk korban tuntutan dilaksana.Usah ditunggu duhai ayahanda,jika ini permintaan dariNYA.Besar pengorbanan mereka berdua,jauh jika ingin dibandingkan dengan kita.Tapi kini…..lain pula jadinya.Bayi dibuang begitu sahaja.Dari loji najis hinggalah masjid menjadi tong sampahnya.Anak-anak pula menjadikan ibu bapa sebagai korban,pelepas nafsu serakahnya.Mungkin ini juga korban,cuma ia pengorbanan untuk syaitan durjana.Hendak lari ke mana???Dunia ini hanya satu untuk kita semua.Suka atau tidak terpaksa bernaung di bawah payungan ini hanyalah seketika. Cuma,kita hanya perlu sedar dan bangkit segera.Jangan biarkan ia boleh menenggelamkan kita semua.
Lain pula jalan ceritanya dengan Nabi Muhammad,penghulu kita semua.Berhadapan dengan maki hamun Quraisy Madinah yang pahit lidahnya,gelaran ahli sihir,dukun,penyair dan Gila sebagai ratibnya.Pangkat dan harta ditabur dek kerana bimbang pengaruh yang ditagih oleh mereka luput dimamah mukjizat agung penghulu kita.Namun hati tetap cekal,berkorban apa sahaja.Berhijrah dari Madinah ke Thoif meminta ihsan atas arahan tuhan yang mencipta segala.Walau bunga yang di minta, namun tahi pula yang dicurah kemuka. Tidak doa binasa kaum dipohon buat mereka kerna cintanya baginda kepada ummatnya.Tapi kita????Nabi dituduh ketinggalan zaman.Sunnah baginda kolot dan tidak sesuai untuk kita.Dulu dan kini jauh berbeza.Namun,tampil satu jamaah katanya dulu, kini selamanya hanya untuk Islam tercinta.Moga kita bernaung di bawahnya....

Rantau Panjang,26/11/2009

Saturday, October 17, 2009

TALQIN DI BAGAN PINANG




PRK Bagan Pinang telah melabuhkan sayapnya.Seluruh petugas parti menarik nafas lega atas usaha dan daya bagi memenangkan calon mereka.Sebaliknya,rakyat pula yang bermandikan ringgit dan berlantaikan permata.Segala kemewahan dan janji ditabur sebagai pemanis kata bagi memenangkan ideologi jajaan mereka.Berjuta-juta ringgit ditabur dek kerana kuasa dan pangkat menjadi taruhan dunia sementara.Yang pasti,duit itu hak kita semua…Tapi,kita hanya mampu memerhati gelagat mereka semua.Ibarat Pak Pandir dan Si luncai yang menjadikan nasib sebagai makanannya.

Sesuatu telah diduga dari awalnya.Isa mesti menjadi juara atas segalanya.Walau diri tercalit dengan skandal wang dan kuasa,namun itu bukan persoalan dan isunya.Yang pasti,tahniah buat wakil rakyat kita Tan Sri Isa.Tanpa perlu hairan dan ragu,dunia kini semakin tenat dan melarat.Perebutan wang dan kuasa itu perkara biasa.Sekadar politik wang lagi perkara biasa.Fitnah dan adu domba usah diperkata.Makanan rasuah sudah pasti tiada beza.Kerana agama dibelakang,dihadapan pula perebutan kuasa.Apa dah jadi dengan masyarakat kita??Bimbang pun ada…Risau pun ada…Dek kerana bala pasti akan turun tiba.

Telah menjadi lukisan alam daripada sang pencipta.Namun,kita yang akan mencatur dunia dan alam semesta.Adakah cukup dengan hanya berlepas diri begitu sahaja?Ini masalah bukan aku yang punya.Tapi,sampai bila ia harus berlaku dalam hidup kita??Kalau Cina mampu menolak skandal kuasa begitu sahaja.Kenapa kita yang mengaku beragama diam sesepi-sepinya?Aku malu mengaku bersaudara jika inilah keadaanya.Sedarkah kita yang dunia ini telah lama terbentang untuk kita.Ia akan berakhir bila-bila masa sahaja tanpa kita duga.Adakah kita pasti,penghujung baik menjadi pengakhirannya….

Terasa diri seperti dikutuk oleh hidupan di alam semesta.Kadang-kadang seakan ditertawa kerana gelagat kita semua.Haaa….Budaya timur harus kita gigit dengan geraham kita ini.Tapi,sebenarnya barat menjadi asuhan dan basuhan minda ini.Tinggalkan ia segalanya daripada kamus hidup ini.Belum terlambat untuk kita catur kehidupan ini kembali.Ayuh bersama kita bersatu hati,berpadu tenaga.Kita kumpul segala harta dan tenaga.Kita lawan dan perangi nafsu yang menjijikkan dunia.Carilah kilauan permata dibalik timbunan pasir itu.Di sana,ia pasti menerangi dunia ini kembali.Biarlah Bagan Pinang menjadi pemula yang tiada penamatnya…..

Friday, October 16, 2009

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEM III

SUBJEK KOD TARIKH/ JAM CATATAN

TARIKH AL-MAZAHIB WA AL-FATAWA LCA2023 02/11/2009 02:30 PM
FIQH AL-MUAMALAT LBA2013 03/11/2009 09:00 AM

ULUM AL-QURAN QAA1012 03/11/2009 02:30 PM

ULUM AL-HADITH QAA1022 04/11/2009 02:30 PM

MABAHITH AL-HUKM LCA2013 06/11/2009 09:00 AM

SIRAH RASUL QAA1042 09/11/2009 02:30 PM

SEKADAR TERJAHAN MINDA


























Benar Orang Melayu amat suka bermain dengan hati,

Apabila mereka bangga,mereka akan besar hati,

Apabila mereka gembira,mereka akan suka hati,

Apabila mereka kecewa,mereka akan kecil hati,

Apabila mereka terluka,mereka akan makan hati,

Dan .......Apabila mereka bercinta dan menyayangi...

Mereka akan panggil dia si jantung hati...

Ironinya antara mereka siapa pilihan di hati???

Erdogan di sana dan ulama' di sini,

Orang selalu bertanya….

Kenapa cucur udang,tiada udangnya???

Tapi,tiada pula yang mahu bertanya,

Cucur badak, dimana badaknya??

Kita gemar berkata-kata benda yang tiada,

Lantaran,kita digelar bangsa yang mengada-ngada...

Fikir-fikirkanlah.......

Kenapa???



Wednesday, August 26, 2009

NILAI PERMATANG PASIR

Adakah kejayaan PRK Permatang Pasir mengulangi kemenangan ISLAM di Badar Kubra?Adakah benar apa yang dikata ia merupakan Badar Sughra?Sejak awal lagi hijau berwajah gembira bagi mendepani PRK kali ini.Katanya mereka mampu bertahan di bulan Ramadhan dan mampu mendapat nasru mina Allah kerna ini perjuangan Islam.Hanya anda mampu membuat kesimpulan kemenangan hijau dan kekalahan biru ini.Apa yang boleh dilihat di Permatang Pasir,biru turun memancing undi rakyat seolah mereka kerajaan memerintah negeri sedangkan mereka adalah pembangkang di pulau mutiara ini.Aku malu dengan partiku yang memimpin bangsa ini jika terus kekal dengan mentaliti sebagai kerajaan yang memerintah sedangkan perkara lain sepatutnya dihayati.

Aku benar-benar menyayangi parti bangsaku ini kerna aku dilahirkan dalam keluarga pertengahan dalam menyelusuri aliran politik negara ini.Aku bersyukur dengan perjuangan pemi
mpin dahulu yang berjaya menubuhkan negara bangsa di nusantara ini.Apatah lagi,aku benar-benar menghargai dan mengagumi kepintaran dan kehebatan pemimpin bangsaku seperti Dato' Onn Jaafar,Tun Abdul Razak,Tun Mahathir dalam mencatur negara ini.Aku hanya insan kerdil yang mengenali dari jauh legasi kepimpinan mereka ini..Aku berharap parti bangsaku ini terus cekal dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dunia politik ini.

Lantaran itu,aku cukup kecewa apabila parti ini dihina dan dikritik tanpa sebab dan alasan mengikat diri ini.Aku sedih apabila nilai keimanan mereka dipertikai dan dinafikan namun aku lebih sedih jika ia gagal dimurnikan kemba
li kepada masyarakat ini.Aku juga sedih apabila ia gagal diberikan ruang untuk bernafas dalam kubu kuat kerajaan di negeri pulau mutiara ini.Namun,aku perlu menerima hakikat bahawa yang memerintah tidak akan kekal memerintah dan yang membangkang tidak akan terus membangkang.Sinonimnya,kita perlu bersedia walau apa jua takdir yang menimpa.Jangan terus bongkak dan leka dalam menikmati anugerah pemerintahan ini walau apa jua anda kini..

Pandangan mudah dalam isu ini.Teruskan perjuangan bagi membela agama dan bangsa di negara ini.Tapi,agama harus didahulukan dan perjuangan bangsa jangan ditinggalkan.Kita harus bersedia dengan ilmu politik ini walau kita kerajaan mahupun pembangkang.Harus diingat,dalam dunia demokrasi ini semua
perkara mampu berlaku dan dalam sekelip mata perubahan boleh menerjah hidup ini.Hanya rakyat berhak menentukan siapa yang bakal mengemudi pelayaran negara ini.Menjadi tugas kerajaan dan pembangkang untuk memikat hati insan-insan kecil ini terus menyokong dan menolong perjuangan mereka itu.Namun perlu diingat, jangan hanya mahu berpolitik dan berparti sahaja sehingga lupa tanggungjawab dan kebajikan kami rakyat ini.Aku tidak pernah maksudkan politik itu tidak penting dalam kes ini.....

Yang hidup tidak terus hidup dan pasti menemui mati.Tiada yang kekal di dunia ini dan pasti ia akan meninggalkan diri ini.Itulah falsafah mudah kehidupan ini..Biar ia berat untuk ditelan namun ia wajib digigit oleh makhluk bergelar manusia ini.Kita ialah haiwan yang bercakap atau istilah arabnya haiwan natiqh.Jangan tersilap faham kerna haiwan ialah susuatu yang hidup dan bernafas mengikut erti bahasanya.Pemahaman ini menunjukkan kita berhak bersuara namun harus dipagari dengan nilai syariat dan qanun wadh'ie.Mungkin ada yang boleh memenjarakan mulut dan jasad ini untuk bercakap namun tiada yang mampu memenjara hati ini untuk terus menghayati sunnah Allah dan Sirah nabi Allah yang mulia ini.

Analisis akhir yang mampu dibuat.Aku bersetuju parti yang ada terus memerintah negara ini namun aku amat bersetuju jika satu perubahan bakal berlaku dalam hayat kehidupan sempitku ini.Bila itu bukan ukurannya kerna aku tetap sabar dalam menikmati kurniaan ini.Aku tidak bersetuju jika dinafikan hak unt
uk hidup di sini,tapi aku amat tidak bersetuju jika hak yang diperjuangkan iingin ditakluki tanpa persediaan yang jitu dan rapi..Jika mahu berenang merentasi lautan pasifik dan menawan puncak tertinggi dunia,jangan bermimpi disiang hari kerna tanpa ilmu dan persediaan,kita hanya mampu merasai air liur yang kurang enak di bibir ini.Namun,bulan Ramadhan ini jangan cuba dipraktikkan adegan ini kerna dibimbangi pahala akan meninggalkan kita jauh di sini.Ha.........Jangan cuba nak jilat air liur sendiri dan awas kepada air lur insan lain di bulan Ramadhan ini...

Salam Ramadhan........

RAMADHAN KARIM

Salam Ramadhan buat semua.Semoga Ramadhan kali ini diberikan kelapangan untuk kita makin beribadat kepada Allah.Didoakan agar kita bersama terus dinaungi rahmat Allah.....

Thursday, August 6, 2009

SEKADAR PANDANGAN

Kini,mahasiswa di seluruh negara bakal memilih pimpinan mereka kembali.Pelbagai isu yang akan dimainkan calon-calon yang akan bertanding daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.Bermula isu bersifat dalam kelambu mahasiswa hinggalah memerintah negara.Yang pasti,pelbagai slogan,janji dan manifesto akan ditabur demi menakluki pemikiran mahasiswa dan menguasai kampus.Isu yang pastinya hangat di seluruh kampus ialah kebajikan mahasiswa yang kurang terbela.Namun,sejauh manakah analisis yang telah dibuat??
PROM dan Aspirasi pastinya mempunyai matlamat dan sasaran tersendiri yang ingin dicapai pada PRK kali ini.HEP juga semestinya telah mengatur jentera dan perancangan bagi memenangkan calon pilihan mereka.Harus diingat bahawa pilihan raya kali ini bukan sahaja hendak memenangi kerusi-kerusi yang ditawarkan tapi juga mahu mengekalkan kampus yang telah dimenangi.Bimbang hati ini memikirkan keadaan persiapan dan suasana kampus yang tidak menentu hari ini.Adakah kita benar-benar bersedia menyertai PRK ini??
PROM seharusnya melakukan analisis terhadap kejayaan di UM dan UIAM sebelum ini jika ma
hu memerintah lagi.Adakah mereka benar-benar telah matang dalam mentadbir dan mengurus sepanjang memerintah di dua IPT terbesar ini?Apakah target kali ini??Sejauh mana percaturan yang telah dilakukan oleh jentera bagi ke dua-dua pihak samaada PROM dan Aspirasi?Berlaku peningkatan atau masih ditangkuk lama.....
Harus diingat bahawa di UM dan UIAM,PROM bertanding dengan status sebagai kerajaan.Mungkin ada kelebihan atau kekurangan bagi mereka dalam mengatur strategi untuk menguasai kampus ini.Maknanya,di kampus ini mereka sebagai kerajaan kini.M
emang sepatutnya digunakan kelebihan yang ada untuk menguasai sokongan dan perhatian seluruh warga kampus bermula daripada pentadbir,pelajar dan staf sokongan.PROM harus mengubah pemikiran ke arah mereka sebagai kerajaan memerintah bukannya kerajaan pembangkang di kampus ini.
Sampai bila kita mahu meletakkan diri sebagai pembangkang walaupun telah menang di UM dan UIAM??Mungkin tidak melampau jika dikatakan PROM lebih selesa sebagai pembangkang jika pemikiran ini benar-benar tidak di ubah.Mereka lebih banyak mengadakan serangan terhadap HEP daripada cuba mencari jalan untuk menghulurkan tali persahabatan.Adakah tidak boleh jika mahu bertahaluf dengan mereka atau ia dianggap keji dan kurang mulia???Rentetan perkara ini menyebabkan PROM gagal melaksanakan program kebajikan untuk mahasiswa dalam mendapatkan kerjasama dan sumbangan daripad
a pihak pentadbir dan HEP???Adakah ia bukan usaha yang merugikan??
Aku melihat untuk menang PRK kali ini,mereka perlu menjalinkan hubungan dengan mahasiswa dan seluruh warga kampus..Itupun kalau mahu menjadi kerajaan yang memerintah,bukan kerajaan pembangkang.Ini,bukan bermakna PROM terus sepi dalam memperjuangkan isu mahasiswa di kampus dan hanya bertugas mengampu HEP sahaja...Gunakan akal dalam berfikir supaya tidak seperti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Bimbang hati jika kali ini kita gagal mengekalkan kejayaan dek kerana kesilapan dan kelemahan dalam mencatur.Hakikatnya,kita bukan sahaja mahu menang di dua kampus ini tapi seluruh kampus yang ada..
Usaha yang ingin dilakukan ini mestilah seperti menarik rambut dalam tepung.Rambut jangan putus,dan tepung jangan berselerak.Kalau Tok Guru Nik Aziz boleh menjalinkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Pusat,kenapa tidak kita??Aku bukanlah orang yang terlibat dengan kamu semua.Dan aku tidak mahu terjerat dalam mainan politik ini..Aku hanya insan yang memerhati akan gelegat kamu semua.