Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

IMTIHAN ITU IBARAT CUBAAN

Salam kejayaan buat anda pencinta kecemerlangan semua.Kuhulurkan tangan tanda berjabat mesra,moga luruhlah segala dosa sepanjang kita bersama dan berkenalan di dunia yang fana.Teringat daku kepada dialog dalam layar "Pendekar Bujang Lapok" apabila Ramlee dan rakan-rakannya diuji untuk bergelar murid pendekar musyhtar.Ketika berkelana membawa diri di tanah perkuburan yang padanya penuh lagenda dan dongengan kehidupan,mulut terucap dengan kalimah keramat "CUBAAN............." tanda kecekalan dan wala' yang tinggi kepada bentara guru.Lantas hati ini terfikir tentang ujian yang kiranya besar dalam pelajaran ini bakal menerjah kamar mimpiku kembali.Adakah ujian ini mampu kutempuhi dengan jujur dan ikhlas diri atau hanya sekadar hangat-hangat tahi seperti dinukilkan Tan Sri P. Ramleee dalam minda filemnya itu?Bersemangat diawalnya dan hancur terkubur di pengakhirannya.Teringat kembali kepada kuliah A 'llamah Dr. Zilkifli Al-Bakri bahawa diri ini akan diklasifikas

FINAL EXAM

Salam Kecemerlangan buat sahabat semua.Sedar atau tidak,hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menduduki imtihan akhir.Resah dan gelisah mula menghantui diriku dek kerana persediaan dan persiapan yang tidak seberapa.Aku tetap memasang cita-cita yang tinggi untuk peperiksaan kali ini.Namun,pesan orang-orang tua: Nak pakai baju,ukurlah di badan sendiri....Aku sedar bahawa aku tidak sepatutnya memencilkan diri dek kerana kekerdilan diri namun dek kerana semangat yang tinggi di dalam diri,aku sepatutnya bersyukur dan membangga diri.Persoalanny....Sikap malas masih menghantui diri.Kucuba untuk menghiasi diri dengan semangat kerajinan yang tinggi lantaran akan menghadiri Kem Moti vasi anjuran Unit Kaunseling..Hanya usaha sahaja yang aku mampu lakukan dan aku serahkan kepada Allah..Kepada rakan-rakan...Percayalah,kita mampu melakukan yang lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh orang lain..

Rumah dan Ilmu

Umum menget ahui rumah adalah institusi pendidikan yang terawal dalam pembentukan syaksiah dan peribadi mukmin. Individu yang lahir dari keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan akan menghasilkan impak yang berguna kepada agama, masyarakat dan Negara. Tidak dinafikan, bahawa ilmu pengetahuan merupakan satu alat yang paling berkesan dalam membentuk sesebuah masyarakat. Tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu pengetahuan. Islam telah meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan menitikberatkan penganutnya sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada sejauhmana penguasaan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh bangsa itu.Islam telah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia berteraskan ilmu pengetahuan. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumba ng kepada pembangu

TAHNIAH BUAT PELAJAR CEMERLANG SPM KEBANGSAAN

Sekalung kesyukurankehadrat Allah atas kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor,pelajar Maahad Muhammadi Perempuan atas kejayaan mendapat 19A1,1A2 dalam peperiksaan SPM yang lalu.Buat Nik Nur Madihah,fikrah sunni mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan saudari.Segala usaha dan keperitan yang diharungi akhirnya terbalas dengan janji dan ketentuan Allah.Ikhlas hati ini menyatakan sebak apabila membaca kisah saudari yang terpapar di dada-dada akhbar.Sungguh mulia pengorbanan yang saudari lakukan dan bukan semua manusia mampu melakukan.Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat keluarga dan guru-guru saudari atas didikan yang dicurahkan kepada saudari.Hanya Allah yang mampu membalasnya.....

Salam Maulidur Rasul

Sudah lama diri ini tidak menggunakan wasilah elektronik ini sebagai medium pertemuan antara kita.Kucuba menjatuhkan keegoan diri ini untuk menekan kekunci ilmu, setelah lama berdiam diri.Mengambil ruh keberkatan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.,kelahiran baginda yang amat dinanti, maka terjatuhlah kekuasaaan sembahan berhala kafir Quraisyh yang dianuti.Sinar cahaya keimanan dan kebahagian telah menyinari kota Makkah sehingga melumpuhkan istana jahiliyah Raja Arab yang membesar diri.Seluruh masyarakat arab bergembira kerana telah lahir penghulu dan penutup segala nabi, yang akan membimbing ummat manusia ke arah kebenaran dan al-haq.Ekoran tersangat gembira,ada yang merebahkan binatang sebagai korban kesyukuran sempena kedatan gan utusan agung yang dicintai.Hiduplah baginda dalam keadaan tidak beribu dan berbapa,lantaran Rabb Agung sebagai pendidik dan pembimbing.Jahiliyah Arab yang pada dasarnya menyambut kedatangan nabi dengan gembira,namun berpaling tadah menentang kerasulan nab