Sebagaimana entri sebelum ini, saya pernah menyebut generasi Alpha dikuasai oleh telefon pintar atau gajet. Hidup mereka banyak berfokus kepada teknologi.
Antara ringkasan ciri-ciri Gen-A yang diramalkan oleh para pengkaji sosiologi adalah:-
- Mewarisi kemewahan material dari Generasi X dan Y iaitu ibu bapa mereka.
- Berpelajaran tinggi
- Hidup dibantu oleh gajet-gajet berteknologi tinggi.
- Tidak mempunyai skill atau kemahiran yang banyak dan tidak berminat untuk menambah kemahiran dari yang sediada.
- Obsess dengan benda/alat/produk baru (brand new) dan apabila sudah bosan akan membuangya dan digantikan dengan yang lebih baru.
- Diramalkan yang kebanyakan mereka adalah obes atau mengalami berat badan yang berlebihan akibat kurang pergerakan kerana hidup di dalam dunia teknologi yang semuanya berada di hujung jari tanpa perlu keluar dari rumah.
- Kurangnya semangat sosial dan kejiranan. Tidak mengenali jiran dan juga rakan sepejabat.
Mengajar subjek atau kursus Bahasa Arab peringkat Diploma kepada generasi Alpha yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab di peringkat sekolah bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi, jika memerlukan mereka menghafal sesuatu maksud perkataan. Saya memilih untuk menggunakan Canva supaya mereka lebih tertarik untuk menghafal. Pelajar wajib membuat grafik menggunakan canva berdasarkan topic yang diberikan. Selain infografik yang menarik, canva menjadikan mereka senang untuk menghafal dan mengingat.
Saya tunjukkan beberapa video pelajar menggunakan canva bagi menghasilkan infografik bagi Subjek atau kursus Bahasa Arab.
Berikut adalah beberapa infografik bagi warna-warna dalam Bahasa Arab :
Saya tunjukkan beberapa video pelajar menggunakan canva bagi menghasilkan infografik bagi Subjek atau kursus Bahasa Arab.
Comments