Skip to main content

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua.
Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun.
Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation, google, instagram, facebook dan banyak lagi.
Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai.
Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tidak keterlaluan jika dikatakan, bangun sahaja daripada tidur, mereka akan mencapai telefon bimbit dahulu sebelum membuat perkara lain.
Maka, kaedah pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan jika penggunakaan alat teknologi di dalam kelas. Banyak tools dalam pendidikan yang boleh digunakan bagi menjadikan kelas lebih menarik. Oleh kerana pelajar saya adalah dikalangan pelajar Diploma, mereka pastinya memiliki telefon pintar masing-masing.  Dewasa ini, banyak tools pendidikan yang boleh digunakan hanya menggunakan telefon pintar masing-masing.
Untuk entri kali ini, saya kongsikan salah satu tools yang sesuai digunakan adalah Quizlet. Dengan Quizlet, sesi PdP menjadi lebih menarik. Apatah lagi, pelajar tidak perlu download tools ini ke dalam telefon pintar mereka. Kebanyakan telefon pintar mereka sudah diisi dengan permainan games dan application yang lain. Ini menjadikan mereka agak keberatan menggunakan tools yang perlu di download terlebih dahulu. Untuk menggunakannya, pelajar hanya perlu ke Google.com sahaja dan menaip Quizlet live. Di sana, mereka memasukkan join code yang disediakan oleh guru.
Quizlet mendidik pengguna dikalangan pelajar supaya bekerja secara berpasukan. Pelajar akan dikelaskan mengikut kumpulan masing-masing. Jumlah minimum untuk menyertai Quizlet bagi diadakan games adalah 4 orang. Mereka akan berlumba secara sihat antara kumpulan bagi memilih juara. Sekiranya juara sudah dipilih, games akan ditamatkan secara automatik.
Walaupun tools ini sangat menarik,tapi ia tetap ada kelemahan. Kumpulan yang tidak berjaya, mereka tidak dapat meneruskan games sehingga akhir. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menghabiskan menjawab soalan yang disediakan.
Di sini, saya sediakan beberapa video yang dirakam sepanjang proses PdP dijalankan.



Selain itu, bagi kursus atau subjek yang memerlukan pelajar menghafal, Quizlet sangat sesuai untuk menyemak hafalan pelajar. Saya sendiri menggunakan Quizlet bagi menyemak hafalan mereka bagi keperluan subjek Bahasa Arab. Berikut adalah games hafalan yang terdapat di dalam Quizlet.





Comments

Anonymous said…
mybet on youtube and get my money if I win my bet - VICZA
vICZA mybet.tv video. vICZA mybet.tv video. vICZA mybet.tv video. vICZA mybet.tv video. vICZA mybet.tv video. vICZA mybet.tv video. vICZA youtube mp4 mybet.tv video.

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

CANTIK RUPA CANTIK BUDI

Oki Setiana Dewi-(Gambar Hiasan) Ingatkah kita kepada kisah Nabi Yusuf Alaihissalam dan Zulaikha.Zulaikha yang asalnya merupakan ibu angkat kepada Nabi Yusuf telah mula jatuh hati kepada baginda tatkala melihat rupa dan budi baginda.SubhanAllah, besar sungguh kesan keindahan rupa paras dan budi.Ramai yang mengimpikan rupa paras yang indah dan agak terlupa mengimpikan keindahan akhlak dan budi.Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf juga mempunyai hati kepada Zulaikha tetapi kerana tingginya akhlak dan hormat baginda kepada golongan wanita serta kuatnya iman baginda, akhirnya Nabi Yusuf dipelihara oleh Allah daripada dugaan itu. Saya pilih yang cantik rupa dan cantik budi.Kalau cantik rupa sahaja tapi akhlaknya jelek, ia hanyalah sia-sia.Oleh itu, cantik rupa dan cantik budi ini harus bersama dan tidak boleh dipisahkan. Satu perkara yang harus diingat.Cantik rupa itu adalah reletif dan subjektif.Mungkin bagi saya cantik, namun bagi anda tidak cantik.Boleh jadi juga, bagi anda cant...