Monday, January 2, 2012

BERSAMA KENALI USIM




Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia.


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa.

Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah :

1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM.

2)Sistem Pengajiannya menggunakan sepenuhnya Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.Ini menjadikan mahasiswa USIM boleh berkomunikasi dalam banyak bahasa selain Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.Menariknya lagi ialah apabila semua pelajarnya juga WAJIB lulus MUET dengan sekurang-kurangnya tahap Band3.

3)Para pensyarah dan tenaga pengajarnya pula adalah dikalangan mereka yang mempunyai semangat mengajar yang tinggi.Mereka ini berasal dan datang dari pelbagai latar belakang negara khususnya dari negara Timur Tengah atau negara Arab.Maknanya,belajar di bumi USIM menjadikan mahasiswanya setiap masa akan menggunakan bahasa asing sekiranya mahu berurusan dengan para pensyarah ini.Dan tidak dapat tidak,mahasiswa ini terpaksa menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris walau sekejap berada di bumi USIM.

4)Setiap mahasiswanya wajib mengambil subjek Bahasa Arab ketika belajar di USIM walaupun mereka ini daripada bidang profesional dan kritikal seperti Perubatan, Pergigian,Sains, Perakaunan dan lain-lain.Ini akan menambah lagi kebolehan anda berbahasa dengan bahasa rasmi Nabi Muhammad iaitu Bahasa Arab.Moga dengan itu dapat menambahkan kecintaan kita kepada Penghulu Para Nabi itu.

5)Kebanyakan mahasasiswanya adalah dari lepasan sekolah menengah agama samada daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,Sekolah Menengah Agama Negeri,Sekolah Menengah Agama Rakyat,Maahad Tahfiz,Maahad Negeri dan sekolah-sekolah agama lain.Pun begitu,USIM juga menerima kemasukan mahasiswa daripada sekolah menengah aliran biasa dengan syarat mereka ini mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan di peringkat SPM.

6)Kehebatan para mahasiswanya dalam pelbagai bidang menyaksikan mereka ini telah meraih kejayaan dalam pelbagai pertandingan yang dianjurkan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.Walaupun daripada bidang keagamaan,mahasiswa yang dilahirkan oleh USIM mampu memberikan saingan dan cabaran kepada IPT yang lain khsusnya dalam bidang debat dan pengucapan awam.Kejayaan dalam pelbagai pertandingan debat dan pengucapan awam yang disertai membuktikan mahasiswa USIM mempunyai keupayaan pengucapan dan komunikasi yang amat tinggi.

7)Ramai para alim ulama' dan para Fuqaha' yang menabur bakti dan mengajar ilmu di bumi USIM.Kedatangan para sheikh dan guru-guru daripada seluruh pelusuk dunia menjadikan bumi USIM sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.USIM pernah menerima kehadiran para ulama' masyhur dunia seperti Sheikh Dr. Wahbah Zuhaili,Dr. Thariq Ramadhan,Prof. Dr. Zaghloul Muhammad al-Najjar dan ramai lagi alim ulama' dari serata dunia.

8)Perkara yang paling istimewa mengenai USIM ini adalah ia masih mengekalkan suasana dan persekitaran Islam dan budaya adab ketimuran.Mahasiswinya sopan dan anggun dengan berpakaian menutup aurat seperti mengenakan tudung yang sedikit labuh,berjubah dan berbaju kurung.Ia menjadikan USIM sangat tenang dan damai setiap masa.Pasti jarang untuk anda dapat melihat suasana sebegini di tempat lain.

Saya merasakan,amat wajarlah bagi Tuan/Puan dan adik-adik pelajar untuk memilih USIM sebagai pilihan tempat pengajian.Tidak kiralah bidang apa yang diminati samaada kursus-kursus Islamik atau konvensional,USIM sedia menawarkan tempat pengajian untuk anda.USIM dan seluruh warganya amat mengalu-alukan kehadiran anda dan akan sentiasa menawarkan perkhidmatan terbaik untuk semua.

GEMBIRA BERSAMA USIM


Catatan Peribadi Saya Untuk USIM

Abdullah Long
Mahasiswa Tahun Akhir USIM

No comments: