Tuesday, February 3, 2009

DEBAT NC KEMBALI!!!


Salam Perdebatan...Setelah berhempas pulas bagi menjuarai DEBAT NC tahun lepas,pasukan sama yang pernah mewakili TAMHIDI akan berentap pula pada tahun ini tetapi bakal mewakili FSU pula.Seperti biasa,aku dan rakan-rakan yang lain yang pernah bersama meraih kemenangan pada tahun lepas terpaksa merampas kembali piala yang kami tinggalkan di Tamhidi dan bakal mencetuskan kembali kejutan pada tahun ini.Kami tidak pernah menaruh harapan yang tinggi pada kejohanan kali ini tapi impian diri ingin merebut kembali piala yang hakikatnya milik kami.Haaaa.......Ini bukan khayalan tapi realiti yang perlu dijunjung oleh semua pendebat FSU tanpa mengira kategori BA,BM dan BI.Aku meyakini kejayaan yang dicapai sewaktu Tamhidi dek kerana kesepakatan dan kerjasama seluruh pendebat dan sahabat-sahabat di Tamhidi.Sokongan dan kerjasama yang diberikan telah membuktikan Tamhidi mampu menundukkan Lagenda debat FSU di pentas Akhir.Justeru,aku mengharapkan kembali kerjasama daripada sahabat-sahabat di FSU tanpa mengira program dan tahun pengajian untuk sama-sama turun memberikan sokongan kepada pasukan anda.Kejayaan itu lebih indah jika diukir bersama semangat setiakawan yang tinggi.Teringat aku kepada kata-kata seorang Khalifah terulung ummat Islam,"Perancangan yang tidak bersistem akan dikalahkan oleh kebatilan yang bersistem".Dan ingatlah bahawa kejayaan itu tidak akan datang tanpa DUIT yang cukup yakni Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal.Bersama menginsafi diri.Akhir kata,marilah bersama memberi sokongan kepada pasukan anda....

*HIDUP FSU DEMI ISLAM*

2 comments:

tariq ziad said...

salam 'alaik
hehe
selamat berdebat~

Fazareez Fauzi said...

Hidup FSU demi Islam..takbir!! Alhamdulillah suma team FSU dpt msuk suku dlm 3 bahasa.