Skip to main content

MENUNGGU ALAMAT DARI MANEK URAI

Akhirnya,Penanti telah memilih wakilnya Dr. Mansor setelah lama menanti disebalik suka dan duka perjuangan hidup ini.Beralih pula angin pemilihan rakyat ini dari negeri Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai panduannya ke sebuah negeri yang berketuakan Sheikh Nik Abdul Aziz sebagai Nakhodanya.Usah dipertikaikan kebolehan dan keupayaan dalam mentadbir walau kopiah dan serban sebagai rutin harian pakaiannya.Dari negeri Perlis hinggalah ke Sabah tunduk akur dan mendabik dada akan kebolehan pemimpin ini walaupun ideologi yang berlainan menjadi pakaian diri.Seorang pimpinan tertinggi dari negeri terbesar di Timur ini pernah berkata :
"Selagi YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin negeri,UMNO amat sukar untuk memenangi hati rakyat negeri ini".
Hanya orang yang pekak tidak mahu mendengar kalimah dan nasihat yang indah yang dituturkan oleh insan ini.Hanya mereka yang buta tidak mampu melihat keindahan akhlak dan keagungan peribadi pemimpin agung ini.Dalam keadaan insan lain yang sibuk mengatur strategi untuk mencapai kedudukan yang tertinggi,namun sifat tawadhu' tetap menjadi perhiasan diri.Usah diperkatakan kepadatan masa yang dihadapi oleh insan ini,namun rakyat tetap menjadi perhatian dan ukuran diri.Tergelak sejenak hati kecilku ini ketika membelek sebuah akhbar kecil yang baru bangkit meletakkan diri sebaris dengan rakan arus perdana yang lain.Katanya beliau seorang rakan sekolah Bentara ulamak negeri ini.Kecewa di hati terselit pada serban yang membaluti diri apabila Bentara Ulamak ini "gagal" mentadbir dan mengurus negeri ini.Mungkin beliau menjadikan KL ini sebagai ukuran dengan Manek Urai,teratak yang kecil di penghujung negeri ini..
Ramai cendiakawan dijemput untuk menyampaikan idea diri sendiri dalam tajaan kerajaan UMNO yang menunggu untuk jatuh rebah menimpa bumi.Pimpinan atasan diterbangkan dalam hawa dingin untuk bersama rakyat yang hanya berpanas hujan di negeri ini.Mereka datang untuk mengaku diri bahawa insan yang selalu memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini.Segala janji kesenangan dan kebahagiaan dalam gelita kegelapan ditabur untuk rakyat yang menagih kebahagiaan di akhirat daripada pemimpin mereka ini.Namun harus diingat bahawa harta dan kedudukan ini mampu mengangkat serban yang melilit kepala ini kerana fitnah dunia mula menguasai diri.Ayuh bersama menyusun strategi untuk menepis idea lapuk dari mereka yang berkepentingan sempit ini.......
Manek Urai pasti akan mengukir sejarahnya tersendiri dalam melakar pelan mentadbir negara dan negeri ini.Daripada sebuah kampung yang tidak popular ini akan bertukar menjadi sebuah pekan pesta yang menjadi perhatiaan negara ini.Yang pasti,mereka juga tidak berupaya menolak janji dan harapan daripada pimpinan KL yang datang bertukar ganti,kerana manusia itu diperdaya dalam memilih intan atau kaca sebagai perhiasan diri.Namun,segunung harapan dipanjatkan kepada Illahi agar kerajaan Tok Guru tetap tersemat di hati rakyat negeri ini kerna kehidupan yang kekal abadi hanyalah di negeri akhirat tempat perhitungan diri.....Akhir kalam,Selamat mengundi untuk rakyat Manek Urai dan anda mampu untuk meneruskan angin pilihan rakyat negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini