Wednesday, June 17, 2009

ADUHAI PEMIMPINKU

Sengaja dilakarkan tulisan ini selepas bersidangnya muktamar baru-baru ini.Niat dihati untuk tidak mempengaruhi pengundian daripada perwakilan dan tidak mahu mewujudkan sentimen tidak baik dalam parti yang sedang mengatur jalan bagi menyusun strategi ke Putrajaya,pusat pentadbiran negara ini.Kumulai dengan salam PERPADUAN buat semua insan yang berjiwa tenang dan hati yang aman .Teringat aku tatkala bergelar pemimpin pelajar di Maahad dahulu yang memberikan aku 1001 peluang bersama dengan pimpinan atasan. negeri yang kucintai iniPelbagai gelagat aku temui yang menguji kebenaran kalam yang petah berkata-kata dihadapan rakyat jelata lantaran terbentanglah kebatilan dalam kesenian pengucapan mereka.Benar apa yang dikata bahawa dunia ini ibarat pentas lakonan dan kitalah pelakonnya.Skrip memang telah diatur oleh pengarahnya namun segala penentuan akan diputuskan oleh kita sebagai peneraju utamanya.

Aduhai pemimpinku.....

Bumi Maahad pernah mengukirkan sejarahnya tersendiri apabila Masjid Islah mendapat sentuhan dari jemaahnya yang selalu bersilih ganti.Hampir 5 tahun Maktabah Masjid Islah telahpun beroperasi.Keringat yang ditabur dalam pembikinan sebuah Maktabah InsyaAllah akan mendapat pembalasan dari Illahi yang mengatur alam ini.Dalam kekalutan pembinaan ini,tersenyum dibibir ini apabila teringat akan sokongan moral seorang pimpinan kanan negeri yang juga pembantu rapat Tok Guru,Bentara Ulama' Kelantan ini.Aku masih ingat apabila beliau bersetuju untuk hadir merasmikan maktabah kecil yang tidak seberapa ini walaupun semalam diajak manja melalui panggilan telefon tanpa dikenali.Itupun hanya menggunakan perantara kecil yang tiada berkepentingan pada diri.Beliau menolak protokol dan merendahkan diri untuk hadir bersama kami walaupun kami bukan orang sasarannya dalam pemilihan politik. sempit ini.Dia seorang perwira yang membuktikan kepada aku dan sahabat yang lain bahawa tetap mesra bersama kami walau berada dipuncak pemerintahan negeri.

Aduhai pemimpinku.....

Bukan niat dihati untuk dibandingkan dengan seorang ini tapi seharusnya menjadi ikhtibar buat pejuang yang akan bangkit nanti.Sewaktu pertukaran mudir sekolahku ini,terlakar lagi satu sejarah dalam diari hidupku ini.Mudir yang dimaksudkan ini ialah seorang yang bijak dalam perancangan dan cekap dalam pengurusannya.Menangis hati ini ketika beliau diminta bertukar ke jawatan yang lebih tinggi dalam kami masih memerlukan insan ini.Kami barisan pelajar sekali lagi bangkit menyusun saff pimpinan pelajar,lantaran sebuah memorandum daripada pelajar diangkat kepada pihak yang lebih tinggi.Niat dihati agar harapan dan impian pelajar dapat didengari oleh mereka yang berautoriti dalam merangka pelan strategi untuk pengurusan YIK ke arah pembangunan berkualiti.Kami akur apabila diminta untuk hadir secara protokol dek kerana menyedari kami hanyalah insan biasa dalam dunia politik ini.Permintaan dan permohonan kami ditolak dalam layanan yang kurang menyenangkan hati.Pandangan dan hujah kami dilayan seolah-olah kami budak mentah yang tidak tahu perancangan beliau yang bijak bestari.Kami pula akan dituduh perancang utama jika rakan-rakan pelajar berarak menunjukkan ketidak puashatian diri.Terdetik dihati akan beliau bukan layak untuk mengurus kami walau kami dijadikan sasaran dalam pentadbiran tertinggi yang dijanji dan ditagih oleh rakyat di sini.Pernah juga sekali diangkat memorandum pertukaran tender kepada Tok Guru,Bentara Ulamak di negeri ini apabila kami dijemput dalam suasana tanpa protokol yang diingini dan layanan mesra penuh penuh kesyahduan di hati.Sebak di hati kerana inilah pemimpin sebenar yang dicari.Lihatlah bumi Maahad kini yang kian runtuh merebah bumi dalam perhatian insan ini.

Aduhai pemimpinku......

Bukan niat di hati untuk membandingkan antara mereka ini tapi inilah luahan hati.Kucuba lagi untuk menguji pembantu tok guru ini yang juga orang kanan dalam pentadbiran di negeri ini.Tatkala rumah kekandaku terbakar angkara iri hari dan cemburu yang menguasai diri,kucuba lagi menghubungi Exco ini moga-moga perhatian diperolehi.Dalam kejauhan kampung kecilku di sempadan negara ini,beliau datang dengan kesungguhan riak wajah di hati walau kami bukan orang yang penting dalam sasaran politiknya.Terkejut mata yang memerhati kerana beliau sanggup turun padang dan merupakan pemimpin yang pertama tiba di kamar kecil ini.Kebaikan dan kebenaran yang dibawa olehnya telah melamar kekandaku untuk setia bersama perjuangan parti ini.Sungguh indah akhlak yang dibawa ketika kopiah menjadi ukuran kebaikan pemimpin kini.Aku bukanlah seorang yang anti kepada mereka yang berpendidikan ugama sebagi teras pencapaian diri kerana aku juga penuntut dalam bidang Ugama sebagai makanan dan santapan diri.Benar apa yang dikata yakni pangkat dan harta menyebabkan kita alpa dan leka dengan perjuangan yang menjadi baiah perjuangan insani.

Aduhai pemimpinku.......

Kelebihan yang ada pada diri ini tatkala bergelar pelajar di sebuah Maahad yang tersergam indah di negeri ini tidak akan dilupakan dalam minda ini.Rutin tahunan sekolah ini berjalan seperti biasa apabila Minggu Taaruf dilangsungkan tatkala menyambut kehadiran sahabat dan wira-wira baru ke sini.Seorang pimpinan muda negeri ini yang belia sebagi sasarannya tidak akan melupakan kami dalam diari perjuangan diri.Mesra dengan panggilan pak cik dalam berurusan menyebabkan kami selesa dan bahagia berurusan dengannya.Protokol bukan menjadi makanan untuk diri tapi senyuman menjadi pelengkap dan pemanis diri.Bukan niat di hati lagi untuk membandingkandengan seorang ini apabila soalan kemesraan bersama kami diajukan untuk diri.Berapa kali beliau hadir mendengar masalah kami walau kami menjadi kayu ukur prestasi kerja yang diagungkan dan diingini diri??Sekadar dibanggakan seorang pelajar yang cemerlang dan mahu menampilkan diri tidak harus dimegahkan dan menjadi kebanggaan diri.Persoalanyang perlu dijawab oleh hati,adakah kebajikan kami dan seluruh warga pendikan dibela dan menjadi perjuangan diri????

Aduhai pemimpinku..........

Bukan niat dihati untuk mengutuk dan mengangkat mana-mana pihak tapi terimalah rintihan dari hati seorang insan yang tidak berkepentingan ini.Aku sedar bahawa aku tidak layak mengkritik mereka yang telah berada di puncak monarki tetapi sebagai peringatan buat diri dan insan yang bergelar pemimpin ini.Usah dikejar kedudukan dan darjat yang tinggi jika amanah yang dipikul ini tidak mampu diuruskan dengan baik dan konfrontasi yang menghantui diri.Aku berdoa kepada Illahi agar petunjuk dan hidayah akan sentiasa memimpin diri.Sekalung kemaafan kupanjatkan kepada Illahi dan selamat berjuang buat pemimpin yang kucintai.Akhir kata,kamu tetap wira-wira di hati ini walau tidak pernah mengenali diri kecil ini....

1 comment:

Kulat said...

assalamualaikum lah!! how wau u??? saje je nak menyinggah blog ko...
~Mizan utm~