Skip to main content

SEBUAH PENGORBANAN

Salam kerinduan .Terlebih dahulu,fikrah mahu mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua.Rasanya telah lama tidak menjamah kekunci ilmu ini.Lantas keinginan membara membaluti diri kerana cinta yang menggunung buat semua.Dihembus nafas kalimah syukur terhadap Illahi atas nikmat yang tidak terperi .Lega memikirkan seminggu bergelumang dengan gelombang peperiksaan baru-baru ini.Jika difikirkan,itu hanya imtihan dunia,belum lagi akhirat sana.Untuk makluman semua,ketika kalam ini diterbangkan ,kaki ini sedang mencicah air banjir yang melimpah dari asasnya.Mungkin tahun ini,terpaksa lagi beraya di sebuah pulau yang cantik,indah memikat jiwa.Bukan ini kali pertama berkorban sebegini rupa,mungkin dua,tiga atau sudah lima jika difikirkan seketika.Tapi,tahun ini tidak lama aku beraya bersama keluarga tercinta, terpaksa lagi meninggalkan teratak ini dek kerana panggilan korban lagi di sana.Inilah hari raya Aidil Adha.Hari raya korban untuk semua.
Sudah menjadi lukisan alam akan tercatanya sunnah ikutan dari Illahi untuk dilalui bersama.Kita tidak mampu menolak ini semua selagi bergelar hamba di dunia sementara .Hidup ini ibarat melintasi jambatan buruk yang reput sedang menunggu waktu rebah menimpa tanah bakal menimbusi kita semua.Jangan fikir kita kekal selamanya kerana kita hanya pengembara sementara sahaja.Oleh itu,perlu mengikut suratan takdir Illahi selaku hambanya yang perlu mengabdikan diri kepada Ia,Sang Pencipta.Teringat seketika buat seorang Bentara Guru yang cukup tinggi ilmunya.Wrak dan tawadhuk usah diperkata apabila kejernihan mukanya ditenung seketika.Peluh menitis daripada raut wajahnya bukti keagungan budi pekertinya.Bukan dunia menunggangnya tapi beliaulah penunggang terhebat jika difikirkan bersama.Meninggalkan kemewahan dari sebuah mahligai di hiasi permata,ke sebuah rumah di ceruk Pulau Melaka,nun jauh di sana.Besar sungguh pengorbanan Tok Guru kita semua.
Mengimbas kembali pengorbanan junjungan agung kita semua.Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail insan terulung utusan tuhan pencipta.Ketika orang lain bergembira bersama anak dan isteri tercinta,namun perinta hturun meminta agar dikorban nikmat pinjaman buat seketika.Leher lembut dijadikan taruhan ,untuk korban tuntutan dilaksana.Usah ditunggu duhai ayahanda,jika ini permintaan dariNYA.Besar pengorbanan mereka berdua,jauh jika ingin dibandingkan dengan kita.Tapi kini…..lain pula jadinya.Bayi dibuang begitu sahaja.Dari loji najis hinggalah masjid menjadi tong sampahnya.Anak-anak pula menjadikan ibu bapa sebagai korban,pelepas nafsu serakahnya.Mungkin ini juga korban,cuma ia pengorbanan untuk syaitan durjana.Hendak lari ke mana???Dunia ini hanya satu untuk kita semua.Suka atau tidak terpaksa bernaung di bawah payungan ini hanyalah seketika. Cuma,kita hanya perlu sedar dan bangkit segera.Jangan biarkan ia boleh menenggelamkan kita semua.
Lain pula jalan ceritanya dengan Nabi Muhammad,penghulu kita semua.Berhadapan dengan maki hamun Quraisy Madinah yang pahit lidahnya,gelaran ahli sihir,dukun,penyair dan Gila sebagai ratibnya.Pangkat dan harta ditabur dek kerana bimbang pengaruh yang ditagih oleh mereka luput dimamah mukjizat agung penghulu kita.Namun hati tetap cekal,berkorban apa sahaja.Berhijrah dari Madinah ke Thoif meminta ihsan atas arahan tuhan yang mencipta segala.Walau bunga yang di minta, namun tahi pula yang dicurah kemuka. Tidak doa binasa kaum dipohon buat mereka kerna cintanya baginda kepada ummatnya.Tapi kita????Nabi dituduh ketinggalan zaman.Sunnah baginda kolot dan tidak sesuai untuk kita.Dulu dan kini jauh berbeza.Namun,tampil satu jamaah katanya dulu, kini selamanya hanya untuk Islam tercinta.Moga kita bernaung di bawahnya....

Rantau Panjang,26/11/2009

Comments

Fazareez Fauzi said…
Salam.
Diri bakal diuji dgn rintangan yg bakal mendatang. Bersedialah utk berkorban..
Al Quds Travel said…
Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun RM999.00 untuk Pakej Umrah

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini