Skip to main content

PENGALAMAN DARIPADA SUARA SISWA

Salam Perjuangan Mahasiswa buat semua..
Bersyukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Aku diminta untuk mencatatkan sedikit perasaan dan pengalaman sebagai panel dalam Suara Siswa baru-baru ini. Tiada apa yang unik untuk dikongsikan bersama kerana aku hanyalah orang baru dan pengalaman yang hanya sekali belum lagi mematangkan aku dengan Suara Siswa. Pertama, aku hanyalah menggantikan tempat YDP MPP USIM yang tidak dapat hadir kerana ditahan dalam wad di saat akhir. Segala persiapan yang dilakukan juga hanyalah di saat akhir dan menggunakan ilmu yang sedikit yang pernah dipelajari daripada guru-guru. Aku merupakan panel terakhir yang tiba di RTM pada ketika itu dan telah diberitahu akan digandingkan dengan dua orang panel yang hebat daripada MPP UPM. Syabas dan terima kasih kepada


Bergambar bersama Rasyadan ( P.A YDP), Tobrani ( Bendahari MPP USIM, Qadri (MPP UPM), Zulkhairi (MPP UPM) dan Nawawi (P.A Hanif Exco Penerangan)


Muhammad Zulkhairi dan Ahmad Qadri.Pengalaman bersama anda berdua tidak dapat dilupakan. Ketika menunggu untuk bersiaran di bilik VIP, aku telah didatangi oleh Dr. Sapora, pensyarah FKP serta seorang pegawai daripada USIM dan telah diberikan sedikit panduan dan tunjuk ajar untuk isi pengucapan. Untuk makluman, daripada awal lagi aku telah dimaklumkan oleh Abang Hariri Daud (Pegawai Unit Perhubungan Korporat USIM) bahawa soalan tidak dimaklumkan awal dan sebagai pimpinan mahasiswa, aku diminta bersedia. Ikhlas hati ini mengatakan sungguh gawat ditaklifkan sebagai NYDP 1 ini kerana berperanan untuk menggantikan tugas YDP jika dirundung masalah dalam setiap keadaan dan masa. Persiapan fizikal dan mentalku perlu bersedia sepanjang masa. Sudah beberapa kali aku diminta untuk menggantikan tugas YDP dalam keadaan seperti ini kerana apakan daya, aku hanyalah NYDP dan perlu patuh kepada arahan diberikan. Aku redha atas semua ketentuan ini. Pengalaman yang sedikit ini akan mematangkan aku dengan dunia kepimpinan alam kampus. Secara jujurnya, aku merasakan amat gementar untuk bersiaran walaupun merupakan seorang pendebat universiti. Amat berbeza dunia debat dengan forum yang aku sertai ini. Aku perlu meninggalakan gaya perdebatan seketika untuk forum Suara Siswa ini. Bukan semua orang


Ahli Panel 1 Zulkhairi berbual bersama Pegawai AADK

suka dengan gaya debat yang kita miliki. Aku cuba untuk mengurangkan gaya perdebatan yang ada agar mampu memenuhi hati-hati mereka ini. Aku sedar atas kekurangan yang ada sepanjang berjalannya Suara Siswa ini namun aku perlu akur terhadap kekurangan yang dimiliki. Namun, aku telah cuba untuk memberikan terbaik kepada anda yang telah memilih diri ini. Pada malam siaran, aku banyak menerima kiriman mesej dan panggilan yang menyampaikan ucapan tahniah atas persembahan pada malam itu. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka terkejut melihat aku di kaca TV. Maaf untuk semua atas sifat sengaja aku yang tidak mahu memaklumkan kepada semua tentang langsung aku di udara pada malam itu. Namun, aku mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan dan komen yang diberikan. InsyaAllah, jika terpilih lagi pada masa akan datang, aku akan melakukan yang lebih baik. Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada pihak RTM khususnya pihak penerbit dan pengurusan Suara Siswa atas jemputan untuk wakil USIM. Diharap legasi hubungan yang telah terjalin akan berterusan dan kerjasama yang jitu akan berkekalan.
* Untuk makluman PA NYDP1 Ibrahim Husin Ibrahim tidak dapat serta pada malam tersebut kerana pulang ke Kelantan atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih atas sokongan khas daripadanya.
Minda Mahasiswa pengemudi arus perubahan..

Comments

Dr. Rowi said…
good performance, amat jarang mendengar perkataan 'bismillahirrahmanirrahim' jika melihat rancang seperti itu.

from ashcroftstylus az

http://ashcroftstylus.blogspot.com

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini