Skip to main content

Suara Dari Hati

Salam Semangat 1 Mahasiswa buat rakan-rakan seperjuangan semua..

Hari ini, sepatutnya bersama-sama kita memimpin universiti dan masyarakat ke arah kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Aku bimbang kalau-kalau sebenarnya kita khususnya aku dipimpin untuk kepentingan sempit orang-orang tertentu. Aku takut aku mula dipengaruhi oleh orang-orang yang akan menjahanamkan aku dan sahabat yang ada. Ini hanyalah andaian aku semata-mata dan bukan pengakuan yang hakiki.Aku mengharapkan ini tidak berlaku....

Kadang-kadang, aku mahu sahaja bertindak mengikut kata hati tapi aku bimbang ia hanya desakan emosi. Aku amat mengharapkan bantuan semua agar membantu aku memimpin bersama. Aku takut dihanyut arus kehidupan orang-orang yang lara dan akhirnya aku juga diselebungi dosa. Bimbang aku memikirkan keadaan ini.Harap-harap ia tidak berlaku.....


Aku yakin,kalau tiada yang mengawalku sudah pasti aku akan melawan arus. Hati aku kata perlu tapi mereka kata jangan...Siapa mereka ini?Adakah aku benar berada di atas landasanMu jika aku akur arahannya.Aku takut terhadap diri aku sendiri.Mungkin juga aku sebenarnya takut akan bayang-bayang sendiri. Yang mana lebih utama dalam kes ini, mereka atau kebajikan semua?

Patutkah kita berfikir hak kita semua terhakis?Desakan dan halangan makin bertambah walaupun pintu kebebasan kononnya dibuka. Kalau terus berdiam diri,adakah patut aku akan digelar petualang mahasiswa? Mungkin sepatutnya, aku tegaskan lagi bahawa aku,kamu dan kita takut akan bayang-bayang sendiri. Atau kita hanya menjaga kelebihan dan keistimewaan sedikit yang diberi.Itupun mungkin juga hanya umpan buat kita agar terpedaya.


Jika difikir dan makin difikir,aku semakin takut untuk berpijak di bumi ini. Adakah aku benar-benar patuh kehendak tuhan atau hanya mengikut lumrah alam. Hanya berpegang kepada tradisi dan kelebihan yang dicanang-canang. Namun, aku harus fikirkan,adakah aku hanya seorang diri atau masih ada sahabat-sahabat bersama yang akan bersetuju dengan aku. Atau mungkin juga mereka hanya memerhati dari jauh apa tindakan aku.Yang pasti, aku mengharap dipimpin oleh hidayah Allah dan bukan dakyah syaitan durjana...

Comments

This comment has been removed by the author.
Salam.

Lah, ini zaman kita. kita fikirkan yang terbaik untuk kepentingan semua.mereka yang menjenguk dari luar, boleh menebak kata sinis. bukan bermakna kita boneka, membiar lidah bisu.

dipilih untuk mewakili. bukan untuk ditunggangi sebagai kambing hitam.aku pun 'penat' melihat situasi begini. sampai bila tak ada kemajuan.

aku tak anggap apa yg mu cakap berdasar emosi. setiap daripada kita boleh mencatur dan mengatur gerak.apa yang penting; strategi.

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini