Skip to main content

PERUTUSAN YDP MPP USIM SEMPENA KEMASUKAN PELAJAR TAMHIDI 2010/2011


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Iman dan Islam.Saya merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kita di Laman Ilmu Universiti Sains Islam Malaysia ini (USIM).
USIM merupakan Universiti Islam pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad 21 ini. Ia merupakan IPTA yang ke-12 di negara ini dan diasaskan bertujuan memartabatkan Pendidikan Islam dan membawanya ke dalam arus pendidikan Negara.
Sepanjang 10 tahun penubuhan USIM,banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai. USIM berhasrat mahu melahirkan graduan yang berketrampilan tinggi, berdisiplin, berkebolehan dan mempunyai keimanan yang jitu.
Selaras dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 bertekad mahu melahirkan mahasiswa yang holistik, dinamik dan matang dalam menyahut hasrat universiti serta berdaya saing di arena Nasional dan Antarabangsa.
Dengan tekad yang diletakkan, Majlis Perwakilan Pelajar bergerak untuk memacu kecemerlangan ilmu dan pembangunan sahsiah diri, cakna kebajikan, kepimpinan melalui teladan dan pembudayaan inovasi serta pengantarabangsaan. Majlis Perwakilan Pelajar amat mengalu-alukan kehadiran adik-adik Tamhidi yang baru berdaftar sebagai Mahasiswa/I USIM untuk sesi 2010/2011.
Kami merakamkan sekalung tahniah kerana terpilih untuk menjadi warga USIM. Semoga perkenalan kita ini akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Salam Hormat,

Muhammad Hilmi Juhari
Yang DipertuaMajlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini