Skip to main content

NASIHAT BUAT SAYA DAN SAHABAT SEMUA




Bonda Siti Meriam binti Loman yang sedang bermain bersama cucunda tercinta


Alhamdulillah,tinggal beberapa bulan dan sem sahaja lagi kita bakal menamatkan pengajian dan bakal bergelar graduan.Mesti banyak perancangan yang telah disusun oleh sahabat semua tatkala tamat pengajian nanti.Ada yang bercadang ingin manyambung pengajian lagi ke peringkat yang lebih tinggi,ada yang ingin bekerja dan bekerjaya dan tidak kurang juga yang mahu mendirikan segera rumah tangga bersama pasangan hati.Semua ini pasti diimpikan oleh kita semua.Namun begitu,tidak kiralah apa jua perancangan dan impian yang disusun,jangan lupa tugas dan peranan utama kita untuk berbakti dan membalas segala jasa ibu bapa kita yang membesarkan kita dan mendidik kita sehingga kita berjaya ke menara gading.

Dalam Surah al-Isra' ayat 23-25,Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada ibu bapa.:"Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Berdasarkan ayat ini,jelas menunjukkan kepada kita bahawa perintah untuk berbakti kepada ibu bapa adalah WAJIB.Apatah lagi bagi mereka yang sudah kehilangan bapa dan mempunyai ibu sahaja seperti saya.Ibu yang sudah hilang tempat untuk bergantung dan menagih kasih daripada suami tercinta amatlah memerlukan anak yang setia dan selalu mendampinginya.Ya Allah,moga Allah menjadikan kita anak yang soleh dan solehah.Perintah itu adalah WAJIB tidak kiralah samada mereka Islam mahupun bukan Islam.Ramai juga di antara kita lupa tanggungjawab kita terhadap ibu bapa kita.Ada yang hanya menganggap sudah menjadi hak kita mendapatkan didikan dan asuhan tanpa menyedari tuntutan membalas hak selepas itu untuk berbakti kepada mereka.

Banyak juga hadis yang diriwayatkan berkenaan perintah berbakti kepada kedua ibu bapa.Cukup untuk saya nukilkan di sini sebuah hadis yang menunjukkan betapa pentingnya untuk kita taat dan berbakti kepada ibu bapa kita.Hadis yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Melalui hadis menunjukkan besarnya pahala berbakti kepada ibu bapa kita.Bahkan amalan ini juga amat disukai oleh Allah S.W.T sehingga ia berada di tangga ke dua sebelum amalan berjihad pada jalan Allah.Bagimana mungkin untuk kita keluar berjihad pada jalan Allah seandainya pada waktu itu kita derhaka kepada ibu bapa kita.Ya Allah,adakah ilmu yang sukar kita perolehi samada melalui hafalan atau bacaan pada hari ini kerana balasan atas sikap tidak endah kita kepada ke dua ibu bapa.Semoga Allah terus memberikan keampunan kepada kita semua.Segeralah memohon ampun kepada mereka sekiranya kita telah melukai hati mereka.

Ayuh sahabat semua!!Kita lunaskan segera tanggungjawab kita kepada kedua ibu bapa.Islam amat menitikberatkan kita untuk berbakti kepada orang tua kita lebih-lebih lagi ibu kita.Ramai anak-anak di luar sana mula lupa kedua ibu bapa mereka setelah bekerja dan mendirikan rumah tangga.Isteri,suami,keluarga,kerjaya,harta,wang ringgit menjadikan mereka lupa asal usul dan ibu bapa mereka.Ingatlah,tulang belakang kepada kejayaan dan kesenangan yang kita miliki pada hari ini adalah asalnya daripada kedua ibu bapa yang tidak pernah mengenal penat lelah membesarkan kita.Banyak tenaga dan keringat yang dicurahkan semata-mata mahu membesarkan kita dan menjadikan kita seseorang sebagaimana hari ini.

Usah lupa untuk memberikan walau sedikit wang kepada ibu bapa kita setelah kita bekerja nanti.Apatah lagi jika kita satu-satunya anak yang mereka ada atau kita satu-satunya dikalangan adik-beradik yang mempunyai kerjaya yang senang.Gaji yang dimiliki tidak ada keberkatannya dan sentiasa tidak mencukupi sekiranya kita lupa untuk berikan kepada kedua ibu bapa.Oleh kerana itu,ramai yang mempunyai pangkat yang besar tetapi gaji yang ada sentiasa tidak mencukupi.Antara masalah pokok kepada semua itu adalah kerana derhaka kepada kedua ibu bapa.Biarlah sedikit yang kita miliki tetapi ia berkat dan cukup.

I.Allah rezeki kita akan mencurah-curah dengan hanya sedikit wang yang diberikan kepada kedua ibu bapa.Yang penting,wang yang diberikan itu berterusan dan mampu menyara keduanya.Untuk membalas segala jasanya,ingatlah ia belum tentu terjawab dengan hanya sedikit wang diberikan itu.Namun,moga-moga ia menjadi bukti keikhlasan kita di hadapan Allah dalam berbakti kepada keduanya.....


Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini