Skip to main content

BERJASA DI TANAH JAWA



Photo bersama relawan 'Go Green' Bakti Sosial Muslim Peduli UII.


Merakam kenangan bersama pelancong dari Brazil.



Antara jasa kepada tanah.



Photo bersama teman-teman.Yang berkaca mata adalah roommate saya.


Alhamdulillah,tanggal 10 Jun yang lalu,saya berpeluang mengikuti 'Go Green' Bakti Sosial Muslim Peduli sempena Milad ke-69 Universitas Islam Indonesia (UII).Program setengah hari ini telah diadakan di lereng Gunung Merapi,Kaliadem Yogyakarta anjuran Takmir Masjid Ulil Albab,UII Yogyakarta.Gunung Merapi Kaliadem adalah antara ratusan merapi yang masih aktif di dunia.Sempena Milad UII kali ke-69,program penanaman 1000 pohon di lereng Gunung Merapi Kaliadem telah diadakan sebagai bakti sosial dan peduli warga UII kepada masyarakat setempat.

Kedudukan Gunung Merapi ini adalah sekitar 30 minit daripada UII.Sebagai sebuah universitas Islam tertua di Indonesia,adalah menjadi tanggungjawab sosial UII untuk berbakti kepada warga Indonesia.Untuk makluman teman-teman semua,UII telah ditubuhkan oleh tokoh Nasional Indonesia antaranya Dr. Mohammad Hatta dan Mr. Mohamad Natsir sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan negara.Saya telah diberitahu bahawa program bakti sosial seperti ini selalu diadakan oleh warga UII sejak sebelum meletusnya Gunung Merapi ini lagi.

Kunjungan kali pertama saya di Shelter 1 tempoh hari sangat menyentuh hati.Walaupun segala harta benda telah musnah ekoran letusan Gunung Merapi,mereka masih tetap bersemangat  meneruskan hidup.Saya pernah bertanya kenapa mereka tidak berpindah sahaja ke tempat yang lebih selamat.Dengan senyum ibu-ibu dan bapak itu menjawab,ini sahaja tanah yang kami ada.Alhamdulillah,dengan bantuan TVOne,sebuah stesyen TV terkemuka Indonesia,maka telah dibina penempatan-penempatan shelter untuk penduduk.Rumah-rumah kecil yang dibuat daripada buluh sebagai tempat teduhan penduduk daripada panas dan hujan.

Walaupun saya orang baru,saya dilayan mesra seperti ahli keluarga mereka sendiri.Saya hanya mampu tersenyum apabila ibu-ibu tua tidak bisa memahami bahasa saya dan saya juga tidak memahami bahasa mereka.Apa yang saya bisa katakan percakapan kami hanyalah melalui deria rasa sahaja.Kali pertama ketika mengikuti Bakti Sosial,saya mengikuti teman-teman siswa Fakultas Psikologi dari UII.Waktu itu,saya ditugaskan menjaga Bazar jualan murah pakaian baju terpakai.Wang hasil jualan telah disedekahkan sepenuhnya kepada Masjid Shelter Gondang 1 untuk dimanfaatkan oleh kariah dan jemaah masjid.

Program sehari ini sangat mengajar saya erti kesyukuran atas nikmat Allah kepada kita semua rakyat Malaysia.Peliharalah nikmat keamanan,kemakmuran dan kesejahteraan yang dikecapi ini,agar ia bisa dirasai oleh anak cucu kita pada masa depan.

Abdullah Long
Mahasiswa Latihan Praktikal USIM di Indonesia

  

Comments

Alhamdulillah ust, dengan ketidak sengajaan antum mendapatkan hikmah dari apa yang antum lihat, sekarang juga telah mengilhami kami untuk lebih bersyukur dan juga tidak gentar menggalakkan beribu bakti sosial, karena ternyata tanpa disadari banyak orang yang membutuhkan perhatian dan uluran tangan dari kita.

jangankan menolong mungkin-mungkin dengan senyum ramah saja telah membuat mereka benar-benar senang.
Benar ustadz.InsyaAllah kita bisa mendapat hikmah darinya.Ana rencananya lagi mahu ke sana ustadz.Rencanya januari ini.Moga kita ketemu ustadz di ISID nanti.

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini