Skip to main content

REZEKI BANJIR DI KELANTAN



Kiriman gambar daripada abang menjelaskan keadaan banjir terkini di kampung.


YB Kak Lah,Ahli Parlimen Wanita bagi kawasan Rantau Panjang turun sendiri 
menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir.
Sumber : http://www.facebook.com/sitizailah?group_id=0

Assalamualaikum dan Salam dari Tanah Serendah Sekebun Bunga....

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni sejak mendaftarkan diri bagi meneruskan pengajian peringkat Master.Alhamdulillah,hari ini dapat juga saya coretkan sesuatu untuk pengikut blog saya.Ini adalah perkongsian pengalaman saya ketika menghadapi banjir di Kelantan.Untuk pengetahuan sahabat semua,di belakang rumah saya adalah Sungai Golok.Kawasan rumah saya ini memang sentiasa dilanda banjir.Dan untuk pengetahuan semua juga,banjir ini ada musim-musim tertentu iaitu biasanya ia datang antara bulan Oktober hingga Januari.

Alhamdulillah,sepanjang banjir yang pernah melanda,rumah saya masih belum lagi ditenggelami air sepenuhnya.Paling-paling teruk pun,pernah satu tahun itu lantai ruang tamu 'mencicah' gigi air.Itu pun  hanya beberapa jam sahaja.Walaupun begitu,Alhamdulillah,kami masih boleh berada di dalam rumah tanpa perlu berpindah ke pusat pemindahan banjir.Sudah menjadi adat warga kampung di sini,mereka lebih selesa berada di rumah sendiri walaupun rumah mereka dimasuki air berbanding dipindahkan ke tempat pemindahan banjir yang disediakan.Banyak yang beralasan,susah-susah pun,ini rumah sendiri.Kalau ke tempat pemindahan,agak tidak tersusun tempatnya dengan keadaan jumlah penghuni yang agak ramai.Anak-anak pun nanti tidak akan terkawal di sana.

Saya sengaja meletakkan tajuk tulisan kali ini dengan 'Rezeki Banjir di Kelantan'.Ulasan saya ini berkisar peluang rezeki yang dapat diraih tanpa menafikan bencana kerosakan harta benda dan sebagainya.Untuk pengetahuan sahabat semua,bagi warga Kelantan yang tinggal di kawasan-kawasan banjir,mereka ini sudah lali dan biasa dengan situasi ini.Bahkan,ada yang ternanti-nanti,bilakah banjir akan melanda kampung mereka.Tidak keterlaluan juga jika dikatakan,ada yang 'berpesta' di musim banjir terutama bagi anak-anak muda dan para peniaga.Yang anak muda boleh bermain air dan bagi peniaga pula,mereka boleh meraih keuntungan dengan singkat.Berdasarkan tinjaun yang dibuat,banyak gerai-gerai dibuka sempena musim banjir.Ada gerai yang jual ikan sungai,ubi kayu bakar,goreng pisang,baju hujan,dan banyak lagi.Dan yang peliknya,jualan mereka tetap laku bahkan lebih laku daripada hari-hari biasa.Mereka yang buka gerai ini ada juga dari kalangan peniaga-peniaga baru dan 'peniaga khusus' hanya di musim banjir.

Pernah juga pengalaman saya membantu ibu berniaga runcit kecil-kecilan suatu ketika dahulu.Kalau musim-musim banjir begini,barang-barang stok jualan kami akan habis licin dijual sehingga tidak mencukupi bagi menampung permintaan penduduk kampung.Samalah juga keadaannya dengan kedai-kedai runcit lain di kawasan yang dilanda banjir.Rezeki kami berlipat-ganda pada musim-musim begini.Apa tidaknya,kalau hari-hari biasa,boleh dikira dengan jari hasil jualan yang diperolehi.Namun,apabila masuk musim banjir,Alhamdulillah rezeki Allah itu datang mencurah-curah.Saya masih ingat ketika arwah ayah masih ada,dalam musim-musim banjir begini,kami akan menaiki van dari kampung ke kampung mencari ikan sungai,ubi kayu bakar,dan apa-apa sahaja makanan yang sesuai dinikmati.SubhanAllah,hebat sungguh orang-orang tua kita di Kelantan dalam menghadapi ujian banjir ini.Ia dilalui dengan penuh sabar dan rasa syukur.

Dalam bab berniaga ni,semua barang akan habis dijual di musim banjir.Tidak kiralah samaada barangan runcit seharian,textile,karpet,selimut,zink,pukat dan macam-macam lagi.Kadang-kadang saya tertanya-tanya untuk apa mereka menjual barang-barang itu,tapi dengan mudah soalan saya dipatahkan iaitu kerana ada yang membelinya.Kalau anda tidak percaya,silalah ke pekan Rantau Panjang setelah musim banjir nanti.Semua barang akan dilelong dan dijual.Sebelum ni,kedai tersebut jarang dikunjungi pelanggan,namun setelah banjir surut,bersusun-susun pelanggan ke kedainya.Inilah dikatakan rezeki musim banjir.Namun begitu,ada juga sedikit kerugian dengan berlakunya kerosakan barang jualan bagi sesetengah peniaga.

Kalau seperti abang saya sendiri dan pemilik-pemilik hardware yang menjual alat-alat binaan dan kelengkapan rumah.Musim-musim banjir begini,ramai yang akan mendapatkan paku,baju hujan,kasut boot,kayu,pukat dan banyak lagi.Kalau kayu mahu dijadikan peniti untuk laluan pejalan kaki.Kalau kasut boot dan baju hujan,mereka ingin melindungi diri daripada hujan.Kalau pukat pula,hendak dijadikan kandang sementara untuk haiwan ternakan atau untuk memukat ikan-ikan yang berkeliaran di halaman rumah.SubhanAllah,sungguh kreatif mereka dalam menghadapi musim banjir.Idea itu datang tanpa disangka-sangka dalam waktu-waktu begini.Kalau sahabat masih ragu-ragu,silalah ke Kelantan pada musim-musim banjir.Saya sedia menyediakan pakej bertandang ke rumah kalau ada yang berminat.

Bagi sesetengah rumah kampung,penghuni-penghuni sudah bersiap sedia dari awal lagi untuk menyambut banjir.Penduduk yang rumahnya dimasuki air akan menjadikan peluang ini untuk mereka membersih dan mencuci rumah.Bagi warga Kelantan yang tinggal di kawasan tinggi pula,mereka akan mengabil kesempatan untuk membawa keluarga bermain boh@banjir di kawasan-kawasan yang dinaiki air.Sambil main -main banjir,sempat juga merasa ubi-ubi kayu yang dijual berdekatan kawasan banjir.Sementara itu,wakil-wakil rakyat dan ahli politik pula tidak henti-henti datang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.Cuma,bagi ahli politik yang 'low profile',mereka akan datang dari rumah ke rumah untuk mengagihkan bantuan banjir berbanding sesetengah ahli poltik 'high class' yang lebih selesa berada di pusat pemindahan banjir.Mereka ini kadang-kadang ada juga yang hanya menghantar wakil sahaja.Dari sinilah,kita akan dapat mengenal dan menilai ahli-ahli politik yang benar-benar ikhlas,berjiwa rakyat dan memaknakan keberadaan mereka dalam masyarakat.

Namun begitu,perlu diingat bahawa dalam keseronokan kita menyambut banjir,jangan sesekali kita leka dan lalai dengan dugaan yang melanda ini.Jadikanlah musibah banjir ini sebagai ujian untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah.Awasilah anak-anak kecil daripada hanyut dan leka bermain banjir kerana dibimbangi akan ada peristiwa yang tidak diingini pula berlaku.Api itu,kalau sedikit boleh dijadikan teman,namun apabila sudah banyak ia akan mula melupakan kita sebagai temannya.Begitulah juga keadaannya dengan air banjir ini.

*Tulisan saya ini hanyalah mengulas berkenaan manfaat rezeki di musim banjir,namun begitu saya tidak pernah  menafikan tentang adanya bencana kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.Semoga kita lebih berhati-hati dengan dugaan ini.

Selamat Mengharungi Boh dan Banjir!!

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini