Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

USTAZKU SEBENARNYA LEMBUT

'I will deduct your marks', 'A antum qara'tum?', 'Kathir aw qolil?'. Inilah antara zikir wajib yang diucapkan oleh beliau setiap kali kelas. Jadi, ini menjadikan kami akan mengambil berat subjek Ustaz ini kerana apa tidaknya, kalau datang ke kelas tanpa membuat bacaan, hukuman yang bakal diterima samada berdiri sepanjang kelas atau dihalau keluar. Setiap kali kelasnya, ada yang rasa takut, nak menangis dan macam-macam lagi. Seandainya kita kata sudah baca pelajaran untuk hari itu, namun kita tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Ujian lisan secara langsung akan dijalankan. Bila tidak dapat jawab, maka markah 'carry marks' akan dipotong dan perlu keluar dari kelasnya. Mungkin nampak agak 'keras', namun itulah antara pendidikan terbaik yang pernah aku dan sahabat terima. Aku masih ingat suatu hari itu kami ditanya samada telah buat bacaan atau tidak sebelum datang ke kelasnya, ketika itu aku turut sama berdiri mengatakan tidak. Kelihat

AKU DAN SOLAT ASAR

Jahilnya aku ketika itu. Selepas beberapa minggu bergelar pelajar di sebuah sekolah agama di tengah kota, aku mula balik bercuti di kampung. Semangat Minggu Orientasi masih membara waktu itu dan imej sebagai seorang pelajar agama perlu dijaga. Tidak seperti hari-hari sebelum ini, aku melangkahkan kaki ke surau berdekatan untuk menunaikan Solat Fardhu bersama jemaah. Jubah putih selembut warna kapas kupakaikan ke badan dan sedikit lilitan serban memahkota di kepala. Selepas Solat Asar, masing-masing beransur keluar selepas siap mengaminkan doa dan aku pula bangun meneruskan Solat Ba'diyah Asar. Apa yang bermain di kepala ketika itu, alangkah ruginya mereka tidak mengerjakan Solat Sunat dan aku sebagai pelajar sekolah Agama harus menjadi contoh. Selepas Solat, ramai mata-mata yang memerhati seperi ada sesuatu yang aneh melekat pada badanku. Mereka bertanya khabar dan senyum meninggalkan aku. Setibanya di rumah, arwah ayah terus menegur, apa yang kamu buat tadi di Surau lambat balik.

BAHASA ITU MENDATANGKAN REZEKI DAN SAHABAT (2)

Ketika kami sedang asyik berbual, rupa-rupanya ada yang sedang memerhati rapat. Saya tidak kenal beliau tapi beliau seolah-olah 'seseorang' juga dalam masyarakat. Wajahnya pernah saya lihat cuma lupa untuk mengenali siapa beliau sebenarnya. Beliau pun ikut juga berbual sama dan melihat kepada Bahasa Inggeris yang digunakan, sah beliau memang seseorang yang 'terhormat' juga dalam masyarakat. Saya berkata demikian kerana kalau pakcik biasa, tidak mungkin dapat sefasih beliau dalam berbicara dengan orang asing. Dia bertanya tentang latar belakang pendidikan saya. Saya memperkenalkan diri sebagai mahasiswa tahun akhir di USIM dan sedang menunggu Majlis Konvokesyen. Beliau terus menganggap bahawa saya mengambil jurusan perubatan atau aliran Sains. Dengan senyum, saya katakan bahawa saya merupakan lulusan pengajian agama dan baru sahaja pulang dari Indonesia menjalani latihan praktikal di beberapa buah pondok pesantren dan pusat pengajian di sana. Jelas kelihatan d

BAHASA ITU MENDATANGKAN REZEKI DAN SAHABAT (1)

Saya masih teringat satu kisah ketika naik flight dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu (KB) suatu masa dulu. Saya duduk di tepi seorang pelancong asing, wanita muda dari Perancis. Saya memperkenalkan diri sebagai mahasiswa tahun akhir dan menunggu saat graduasi dan dia pula bertugas di sebuah syarikat penerbangan di Perancis. Seorang wanita Muslim di dalam sebuah negara yang majoriti rakyatnya menganut agama kristian. Kami bercerita panjang tentang negara masing-masing. Bermula daripada kekuatan ekonomi, pendidikan, sektor pekerjaan hinggalah kehidupan beragama. Dia sebenarnya dalam perjalanan ke Pulau Perhentian di Terengganu. Saya sempat juga mengajak dia bermalam di KB dan mencadangkan beberapa buah tempat untuk dilawati. Kata saya, menariknya Kelantan ini di mana ia diperintah oleh seorang ulama' 'Tok Guru' dan mempunyai pengaruhnya yang sangat luar biasa. Saya kata padanya, tidak sah jika ke Kelantan kalau tidak berkunjung ke Masjid dan teratak Tok Guru MB.  Selepas b