Skip to main content

BAHASA ITU MENDATANGKAN REZEKI DAN SAHABAT (1)


Saya masih teringat satu kisah ketika naik flight dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu (KB) suatu masa dulu. Saya duduk di tepi seorang pelancong asing, wanita muda dari Perancis. Saya memperkenalkan diri sebagai mahasiswa tahun akhir dan menunggu saat graduasi dan dia pula bertugas di sebuah syarikat penerbangan di Perancis. Seorang wanita Muslim di dalam sebuah negara yang majoriti rakyatnya menganut agama kristian. Kami bercerita panjang tentang negara masing-masing. Bermula daripada kekuatan ekonomi, pendidikan, sektor pekerjaan hinggalah kehidupan beragama. Dia sebenarnya dalam perjalanan ke Pulau Perhentian di Terengganu. Saya sempat juga mengajak dia bermalam di KB dan mencadangkan beberapa buah tempat untuk dilawati. Kata saya, menariknya Kelantan ini di mana ia diperintah oleh seorang ulama' 'Tok Guru' dan mempunyai pengaruhnya yang sangat luar biasa. Saya kata padanya, tidak sah jika ke Kelantan kalau tidak berkunjung ke Masjid dan teratak Tok Guru MB. 

Selepas beberapa minit berlalu, flight sampai dan kami mengucapkan salam perpisahan. Setelah berlalu, datang seorang wanita lain memperkenalkan diri sebagai adik An Djali dan menyerahkan sekeping wang kertas 50 euro. Saya menolak untuk menerima dan katanya kakaknya ikhlas memberi. Kata kakaknya, kalau kamu menolak, saya sedekahkan kepada ibumu.

SubhanAllah, benarlah kata guru saya bahawa "Bahasa itu Mendatangkan Rezeki dan sahabat". Semakin banyak menguasai bahasa, maka semakin banyak pintu rezeki terbuka buat kita. Setelah itu kami berpisah dan berharap suatu saat akan bertemu kembali...

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini...