Skip to main content

SALAM MAULIDUR RASUL



Assalamualaikum wrh...

Marilah bersama kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menjadikan kita sebagai Ummat Nabi Muhammad S.A.W., yakni ummat yang terpilih.Selawat dan Salam ke atas junjungan penghulu nabi yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh Muslimin dan Muslimat. Sesungguhnya, sebagai Ummat yang terpilih, kita perlu menghayati sirah perjuangan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Harus diingat, kita tidak dikatakan telah menghayati sunnah nabi dengan hanya berarak dan mengadakan majlis besar-besaran tanpa nilai keperibadiaan mulia baginda kita praktikkan.Ini tidak bermakna saya katakan sambutan Maulidur Rasul tidak perlu tapi hendak ditekankan di sini ialah penghayatan terhadap Sirah Rasul itu lebih penting dan perlu.Ramai dikalangan kita pada hari ini berbangga dengan pakaian seragam perarakan dan slogan yang dibawa, tapi tidak mampu mengenali dengan baik Nabi Muhammad S.A.W., nabi terakhir kita. Bersempena dengan Maulidur Rasul ini, Minggu Integriti Pelajar harus disambut dan diraikan dengan sebaik mungkin. Nabi sebagai tokoh integriti terbaik haruslah dijadikan contoh dan ikutan ummat. Prinsip-prinsip integriti haruslah digandingkan dengan sifat terpuji nabi yakni Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana. Barulah, kita akan menjadi manusia yang berintegriti dan contoh untuk semua.

Comments

inniakhofullah said…
Jarak 1400 tahun daripada zaman nabi benar-benar memerlukan penghayatan yang mendalam terhadap rasululllah.

Tidak wajar menyambutnya hanya pada hari tertentu.

Wajar mengamalkan setiap sunnahnya setiap detik dalam kehidupan.

Wajar berada dalam minda tentang sirah Rasulullah yang terlah lama dibiar tanpa penghayatan.

Sama-samalah ambil pengajaran.

Salam maulidul Rasul.

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini