Monday, February 15, 2010

ULASAN AKHBAR HARI INI


Mafia dadah Iran


KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kumpulan mafia yang terkenal kerana mempunyai organisasi jenayah tersendiri khususnya dalam pengedaran dadah antarabangsa dikesan kini melebarkan sayapnya ke negara ini.
Perkara itu terbongkar apabila polis menahan tiga warganegara Iran di ibu negara baru-baru ini yang bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat negara tersebut ditahan kerana menyeludup sejumlah besar dadah ke negara ini.
Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati mereka disyaki turut mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia antarabangsa dari negara itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, ketiga-tiganya diberkas hasil penahanan 41 warga Iran kerana menyeludup dadah ke negara ini sejak awal tahun ini.
Katanya, ketiga-tiga suspek itu akan melatih dan merekrut rakyat Iran sama ada di negara itu atau yang berada di Malaysia untuk menyeludup dadah.

Ulasan :

Apa dah jadi dengan Malaysia,tanah tumpah darahku.Najis dadah terus-menerus mengambil tempat dalam negara.Mampukah hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia bebas dadah 2015 ini dicapai jika penagih,pengedar,pembuat,penyokong dadah ini terus bermaharajalela.Kalau rakyat kita berjaga-jaga dan berwaspada dengan dadah ini sekalipun,orang luar tetap mengganggu-gugat keharmonian dan kesucian negara daripada najis dadah.Siapakah yang harus dipersalahkan jika inilah keadaannya?Aku sedih memikirkan nasib ummat dan bangsaku.Melayulah juara dalam penyalahgunaan dadah ini.Benarkah telah termaktub dalam perlembagaan bahawa Melayu itu adalah beragama Islam.Jika benar,adakah mereka tidak berpegang dengan Islam sebagai tunjang?Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-76 pada 21-23 November 2006 telah mengulangi pendirian bahawa semua jenis dadah yang baru adalah haram di sisi Islam kerana ada mudharat padanya.Jelas menunjukkan bahawa Islam mengharamkan dadah ini.Statistik menunjukkan sehingga penghujung Disember 2009, 15736 penagih yang telah mendaftar.12,281 daripadanya yang berumur 13-39 tahun.Majoritinya adalah belia dan Melayu beragama Islam yang akan memimpin negara suatu hari kelak.Ini baru yang mendaftar dan ada dalam rekod.Bagaimana yang belum mendaftar agaknya?Bimbang aku memikirkan keadaan negara di masa hadapan.Siapakah bakal memimpin negara jika inilah kehendakNya.

Fikir-fikirkan duhai sahabat...Mungkin kita tidak terjebak dengan kancah dadah ini.Tapi adakah kita boleh menjamin bahawa seluruh keluarga dan keturunan kita terselamat daripada DADAH.

No comments: