Wednesday, December 9, 2009

KENAIKAN GAJI WAKIL RAKYAT SATU KEWAJARAN??

Baru-baru ini,kita dikejutkan dengan cadangan SPRM agar kerajaan menaikkan gaji wakil rayat di Malaysia.Menurut SPRM,kenaikan gaji wakil rakyat ini perlu bagi mengelakkan wakil rakyat menerima rasuah.Timbul tanda tanya,adakah wakil rakyat kita menerima rasuah?Satu kajian telah diadakan oleh badan bebas tentang indeks penerimaan rasuah dikalangan ahli profesional atau berjawatan tinggi.Wakil rakyat mengungguli dalam 10 ranking utama mereka yang menerima rasuah.Adakah ini berpunca daripada kurangnya jumlah gaji y dangiterima??Adakah SPRM boleh memberikan jaminan bahawa dengan kenaikan gaji ini dapat menghalang wakil rakyat daripada terus makan suap??Kita mengetahui bahawa gaji wakil rayat berserta elaun yang diperolehi kini melebihi RM10 ribu ringgit.Ini tidak termasuk kemudahan percuma yang dinikmati oleh mereka.Mungkin mereka boleh berkata bahawa gaji mereka ini perlu disalurkan untuk kebajikan rakyat di parlimen mereka.Namun,benarkah wang itu akan disalurkan untuk kebajikan rakyat atau bagi mengenyangkan kroni mereka dan kuncu-kuncu mereka jika gaji mereka dinaikkan.Tepuk dada dan tanya selera masing-masing...Setahu aku,peruntukkan untuk kebajikan rakyat di parlimen telah diperuntukkan oleh Kerajaan yang mana lebih RM500,000 diberikan.Kemana wang ini dihabiskan jika tidak mencukupi??Kalau benarlah dinaikkan gaji untuk menjaga kebajikan rakyat,kenapa ia tidak disalurkan terus kepada rakyat sahaja??Tindakan yang dilakukan oleh PM dan TPM apabila tidak bersetuju agar dinaikkan gaji amat baik dan perlu disokong oleh semua.Ini kerana gaji wakil rakyat baru sahaja dinaikkan beberapa tahun lepas.Apa pula kata rakyat jika gaji mereka ini dinaikkan lagi sedangkan Bajet 2010 untuk kebajikan rakyat dikurangkan.Aku sokong PM dan TPM yang bijak dalam memutuskan perkara ini.Apatah lagi, aku kurang percaya jika dikatakan gaji mereka tidak mencukupi.Bagaimana MB Kelantan boleh memotong separuh daripada gajinya untuk rakyat Kelantan jika tidak mencukupi gaji yang diperolehi??Bagaimana MP Rantau Panjang tidak mengambil elaunnya dan disalurkan depada rakyat jika RM4000 lebih gajinya tidak mencukupi.Bukan itu sahaja,bagaimana keperihatinan MP Jeli yang mewujudkan tuisyen percuma untuk rayat parlimennya jika gajinya tidak mencukupi??Ini hanya beberapa contoh sahaja yang menunjukkan gaji mereka sebenarnya sudah cukup.Jika benarlah untuk menangani rasuh dikalangan wakil rakyat,kenaikan gaji bukan penyelesaian kerana ia berpunca daripada sifat tamak haloba dan hati yang tidak ikhlas dalam berkhidmat.Kalaulah kes rasuah dikalangan wakil rakyat sudah rumit,kenapa tidak ada tangkapan dibuat ke atas mereka dan jika mereka dipanggil untuk pertuduhan,mereka hanya dilepaskan begitu sahaja??Benarkah ada kepincangan dalam menangani isu ini?Aku membantah kenaikan gaji ini kerana ia akan menguntungkan parti pembangkang sahaja.Mungkin mereka akan menggunakan isu kenaikan gaji MP dalam menggula-gulakan rakyat dalam PRU akan datang.Lihat sahaja negara China,Singapura dan negara-negara lain dalam menangani rasuah dalam negara mereka.Sehinggakan ada negara yang menghukum mati sahaja pesalah rasuah ini tanpa mengira darjat dan pangkat.Tapi kita di Malaysia,Ikan Bilis ditangkap dan didakwa dan Ikan Jerung dibela malah diberikan lagi insentif kenaikan gaji.Sungguh pelik bumi Malaysia jika ia berjaya dinaikkan.Siapa yang akan merana jika kita rakyat yang hanya petani kecil,penternak kecil,peniaga kecil,penoreh getah di sebuah negara yang tidak mengambiltahu kesusahan rakyatnya.

2 comments:

ehsanhalim said...

ambo pun tak setuju gaji yb dinaikkan.

mungkin isu ni sengaja dipanaskan kemudian PM dan TPM bersuara tidak bersetuju tanda menzahirkan keperihatinan mrk.nanti rakyat nampak berjuruh.


ni semua politik loh.

lah long said...

Setiap perkara dalam kehidupan ini didasari dengan politik Ehsan.Tapi sejauh mana,kita mampu mencaturnya.Perhatikan setiap bait-bait ungkapan yang diterbitkan kerana ada makna yang tersurat dan tersirat.Hanya mereka yang celik mata hati mampu menganalisisnya demi kepentingan sejagat.
Kepercayaan kepada tuha,kesetiaan kepada raja dan negara,keluhuran perlembagaan,kedaulatan undang-undang,kesopanan dan kesusilaan.
Moga Islam menjadi teras kehidupan.