Skip to main content

SEKILAS PANDANG


Bajet 2010 telah dibentangkan oleh YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia di dalam parlimen,lambang demokrasi negara.Pelbagai tafsiran diberikan,lantaran terbitlah sejuta sokongan dan kritikan untuknya.Disebutkan Bajet 1 Malaysia untuk semua lapisan tanpa mengira kedudukan bangsa dan agama dengan tema 1malaysia,kemakmuran bersama.Nikmat kemanisan telah dicurah untuk semua dengan sempadan ideologi politik bukan batasannya.Sekalung tahniah buat DS Najib,Perdana Menteri Rakyat kita semua.Tatkala timbul persoalan dibenak fikiran kecil ini maka sedikit analisis ingin dibuat demi kebajikan kita semua kerana Bajet 1 Malaysia,kemakmuran kita bersama.Sejauh manakah kebajikan para pelajar menjadi sandarannya dek kerana diskaun 50% perjalanan kereta api jarak jauh bukanlah buktinya apabila tiada penglibatan semua pelajar boleh menikmatinya.Lagipun,sebelum bajet 2010 dibentangkan,memang pelajar sudah menikmati diskaunnya.Persoalah mudah untuk kita semua.Benarkah wujud landasan kereta api menuju Sabah dan Serawak,bumi borneo nun jauh di seberang laut sana?Bagaimana pula dengan negeri semenanjung yang tiada landasan kereta api seperti tempat persinggahan penyu,Terengganu Darul Iman,negeri naungan Kerajaan rakyat bersama?Untk kemudahan semua pelajar bersama,berikan sahaja diskaun untuk semua jenis pengangkutan awam,agar semua pelajar boleh merasainya.Isu pemberian jaringan kemudahan internet kepada pelajar juga timbul tanda tanya kerana usianya yang tidak lama boleh dinikmati dan bukan semua pelajar mampu mencapainya.Apa lagi,bila tuntutan royalti rakyat Kelantan tidak dikurnia,lantas 1Malaysia yang menjadi ratib dibibir mula diuji oleh mata-mata rakyat semua.Apa sudah jadi dengan Malaysia,tanah air kebanggaan kita semua.Walauapapun keadaannya,tahniah buat pimpinan negara atas pembentangan bajet untuk kita semua.
Aku hidup dengan dilema manghantui jiwa.Resah gelisah usah diperkata.Benar apa yang dikata,bahawa dunia politik amat kotor jika tidak kena pengaturnya.Namun jika dimanfaat untuk kebaikan bersama,wujud padanya keindahan dan variasi aneka warnanya.Fokus ditagih,minda tertumpu,isu kerajaan perpaduan penuh misteri buat semua.Benarkah ia benar-benar wujud atau sekadar mainan politik untuk terjahan minda kita semua.Sebetulnya PAS yang menang dalam isu ini apabila popularitinya dalam masyarakat menjadi bualan dibibir rakyat negara.Kreadibiliti 2 Tok Guru pasti diuji lagi namun kejernihan raut wajahnya menunjukkan ketabahan pada diri mereka berdua.Yang pasti,parti ini berkiblatkan syura,berpaksikan ikatan wehdah dalam atur cara tindakannya.Apa yang pelik dalam PAS ini apabila mereka amat gemar bermain dengan media arus perdana,penyebar fikrah pemikiran zaman metropolitan kini.Walaupun tahu diri seringkali diasak media arus perdana,namun mekar jambangan bunga juga dihadiahkan buat mereka.Mereka tahu sebetulnya bait-bait kata akan dialih bahasa,namun pendekatan terhadap media tidak ditutup buat selamanya.Sungguh ajaib dan unik parti Islam ini.Mungkin bermain di minda mereka, dalam setandang pisang bukan semua sama rasa dan saiznya.Yang kelat perlu dibelai buat seketika dan yang manis amat lazat dimakan begitu sahaja.Mungkin isu ini akan berdiam buat seketika jika tiada yang mengejutnya dari tidur yang sementara.

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini