Skip to main content

Posts

KEBENARAN MEDIA MASSA

Sejauh manakah kebebasan media massa di Malaysia.Adakah media kita benar-benar bebas atau hanya mengikut telunjuk pemerintah semata-mata.Beban perbincangan kita ini tertumpu kepada peranan media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik dalam melestarikan pemikiran masyarakat ke arah mewujudkan negara bertamadun.Benarkah media massa kita pada hari ini telah dicantas dan dipancung daripada berkembang biak dalam mencambahkan pemikiran demokrasi di Malaysia.Tepik dada dan tanyalah kemahuan anda.Kebenaran sudah terang lagi tersuluh... Sejauh manakah kemahuan Malaysia dalam meratifikasi keputusan Hari Kebebasan Media Dunia.Hari ini negara dilambakkan dengan pelbagai Akta yang merencatkan lagi pertumbuhan media di Malaysia.Daripada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,Akta Rahsia Rasmi sehinggalah Akta Keselamatan Dalam Negeri telah merimaskan para pengamal media bagi melaporkan isu-isu terkini dan panas dalam negara.Seharusnya pihak kerajaan maklum denga n status globalisasi d...

1 MALAYSIA : BUKAN ILLUSI???

Kalau dulu,aku pernah dilahirkan di zaman Wawasan 2020 yang menjadi mercu tanda harapan,namun ia hanya tinggal kenangan apabila Imam Islam Hadhari dilantik sebagai Pengumudi Negara ini.Kini,rakyat Malaysia mula menuturkan di bibir,kalimah 1 Malaysia menjadi perbualan impian diri.Rakyat didahulukan,prestasi diutamakan, Kerajaan Rakyat, Kabinet Rakyat adakah ia hanya sekadar 1 Illusi??Tepuklah dada dan tanya selera.....Aku bukan dilahirkan di dalam sebuah negara kayangan.Aku bukan juga membesar di dalam intan dan permata menjadi perhiasan diri.Apatah lagi aku bukan berjalan di atas karpe t merah menjadi laluan diri.Yang pasti, aku bukan juga manusia yang hanya mahu meratapi kekurangan dan kekurangan diri.Namun,akulah insan yang sedia menunggu perubahan di masa hadapan untuk pelengkap diri. Tidak kurangnya fitnah dilemparkan kepada PM yang menggelarkan diri sebagai kabinet rakyat mula menghantui negara ini.Kalau dulu aku bermotokan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang,namun kini hanya Hant...

JUALAN KOPIAH

Salam.Sesiapa yang berminat untuk memiliki kopiah yang meletup....,sila dapatkan dengan ana dengan harga yang berpatutan.Jualan ini untuk mengumpulkan dana bagi membantu bekas pelajar Maahad dan DQ yang ingin menyambungkan pelajaran ke Indon.....Pasaran hanya sekitar USIM..Harga boleh dirunding lagi........

ADUHAI PEMIMPINKU

Sengaja dilakarkan tulisan ini selepas bersidangnya muktamar baru-baru ini.Niat dihati untuk tidak mempengaruhi pengundian daripada perwakilan dan tidak mahu mewujudkan sentimen tidak baik dalam parti yang sedang mengatur jalan bagi menyusun strategi ke Putrajaya,pusat pentadbiran negara ini.Kumulai dengan salam PERPADUAN buat semua insan yang berjiwa tenang dan hati yang aman .Teringat aku tatkala bergelar pemimpin pelajar di Maahad dahulu yang memberikan aku 1001 peluang bersama dengan pimpinan atasan. negeri yang kucintai iniPelbagai gelagat aku temui yang menguji kebenaran kalam yang petah berkata-kata dihadapan rakyat jelata lantaran terbentanglah kebatilan dalam kesenian pengucapan mereka.Benar apa yang dikata bahawa dunia ini ibarat pentas lakonan dan kitalah pelakonnya.Skrip memang telah diatur oleh pengarahnya namun segala penentuan akan diputuskan oleh kita sebagai peneraju utamanya. Aduhai pemimpinku..... Bumi Maahad pernah mengukirkan sejarahnya tersendiri apabila Masjid Is...

MENUNGGU ALAMAT DARI MANEK URAI

Akhirnya,Penanti telah memilih wakilnya Dr. Mansor setelah lama menanti disebalik suka dan duka perjuangan hidup ini.Beralih pula angin pemilihan rakyat ini dari negeri Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai panduannya ke sebuah negeri yang berketuakan Sheikh Nik Abdul Aziz sebagai Nakhodanya.Usah dipertikaikan kebolehan dan keupayaan dalam mentadbir walau kopiah dan serban sebagai rutin harian pakaiannya.Dari negeri Perlis hinggalah ke Sabah tunduk akur dan mendabik dada akan kebolehan pemimpin ini walaupun ideologi yang berlainan menjadi pakaian diri.Seorang pimpinan tertinggi dari negeri terbesar di Timur ini pernah berkata : "Selagi YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin negeri,UMNO amat sukar untuk memenangi hati rakyat negeri ini". Hanya orang yang pekak tidak mahu mendengar kalimah dan nasihat yang indah yang dituturkan oleh insan ini.Hanya mereka yang buta tidak mampu melihat keindahan akhlak dan keagungan peribadi pemimpin agung ini.Dalam keadaan insan lain yang sibuk menga...

SELAMAT DATANG WIRA WIRAWATI USIM

Ahlan Wasahlan ke USIM buat semua penuntut ilmu.Kedatangan anda menguntum seribu makna dan membuahkan sejuta hasil buat semua warga USIM.Tatkala segelintir masyarakat luar memandang enteng kebolehan kami,namun tuhan menghantar anda utuk memperkasakan lagi satu-satunya IPTA Islam di Malaysia yang sedang giat melebarkan wilayah diri.Anta tetap mahu meredah arus dan melakar sejarah apabila menjadikan USIM sebagai temp at pengajian bagi bersama melakar sejarah untuk menggapai impian buat semua.Apakah anda meyakini akan menggemparkan USIM kembali yang natijahnya terbeliak mata sang pemerhati akan kehebatan USIM?Ku menyeru kepada pelakar dan pengukir kejayaan tatkala di bumi Maahad,SMA,SMKA,Kolej Islam agar tidak mendiamkan diri mengikut alunan dodoi sang penguasa di USIM.Anda perlu bangkit di sini dan carilah tapak kembali untuk menguatkan binaan yang telah tersergam indah ini.Namun,sebuah rumah akan hancur merebah bumi apabila anai-anai menguasai diri.Sudah tercatat takdir ketentuan bahawa...

KEMBARA MINDA

Final Exam Tahmid kesyukuran kuunjurkan kepada yang maha pencipta.Selesai akhirnya aku menduduki ujian akhir dan kini bemulalah lembaran buku baru di usim.Kini aku mampu mengukir senyuman kerana aku mampu mencongak bilangan hari bergelar mahasiswa matang usim.Namun,teka-teki mula bermain di mindaku.Adakah aku mampu mengekalkan kembali rekod dahulu ketika usahaku yang hanya sekumit ini.Aku tetap bersyukur kerana Allah tetap bersamaku.Aku meyakini bahawa semalam yang pergi tidak akan kembali kerana esok pasti akan menerjah kelambu mimpiku.... Pesta Buku KL 2009 Tarikh keramat 22 April akhirnya berlalu pergi.Akhirnya aku mampu menempatkan tubuh kecilku di dalam jemaah manusia yang berpusu-pusu dahagakan ilmu untuk santapan hati.Namun aku masih tertanya-tanta,di manakah pergi pertiwa pertiwi yang lain kerana kajian jujur telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysian tidak gemar membaca.Dikesempatan yang ada,aku menatap buku-buku yang ada dan akhirnya terpikat dengan bahasa buku yang dimiliki o...