Skip to main content

DI MANA KITA?

Hamas: Komuniti antarabangsa perlu bertanggungjawab atas semua tragedi.

Selasa, 04/11/2008 -Gerakan Hamas menyatakan di ulang tahun perisytiharan Balfour yang ke-91 bahawa masyarakat antarabangsa terutama Britain perlu mengikut sejarah dan bertanggungjawab ke atas setiap malapetaka dan tragedi yang telah menimpa rakyat Palestin kesan dari perjanjian buruk ini. "Palestin adalah sebidang tanah Arab yang mempunyai satu identiti Islam dan tiada siapa yang mempunyai hak untuk meratakan walau seinci tanahnya, jadi sebarang perjanjian yang cuba untuk mengurangkan hak bersejarah tersebut, Arab dan negara Islam adalah secara hukumnya, kepentingan nasionalnya dan dari segi sejarahnya adalah tidak sah”, Hamas menekankan kenyataan tersebut kepada PIC.

Kementerian Agama Kutuk Kebiadapan Israel Menghina Al-Quran

Selasa, 04/11/2008 -Kementerian Agama dan Waqaf Palestin di Gaza mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel laknat mengoyak serta membuang Al-Quran ke dalam tandas semasa menyerbu kem pelarian Aroub di utara bandar Al-Khalil.Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan menegaskan sebarang tindakan provokasi dengan menggunakan Al-Quran merupakan satu tindakan jenayah kepada seluruh umat Islam di dunia dan mereka yang melakukan tindakan biadap itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera.Kementerian berkenaan memohon kepada seluruh oraganisasi Islam dan mereka yang prihatin untuk bertanggungjawab menekan pihak Israel untuk menghentikan tindakan biadap itu.


Tembok Pemisah Zionis Nafikan Hak 28 Ribu Rakyat Palestin.

Sabtu, 01/11/2008 - Satu kajian telah dibuat oleh satu Biro Palestin dan telah mengeluarkan statistik tentang kesan pembinaan tembok pemisah yang di bina atas dasar apartheid kerajaan Zionis. Statistik menunjukkan bahawa dengan pembinaan tembok tersebut, seramai 28,000 rakyar Palestin telah di nafikan hak pendudukan mereka di bumi PalestinBerdasarkan kajian itu juga menunjukkan bahawa dengan pembinaan tembok tersebut semenjak bulan Jun yang lalu sahaja, Zionis telah mengambil tanah rakyat Palestin sebanyak 5000 Hektar tanah dan kawasan tanah pertanian yang telah di pisahkan oleh Zionis mencecah 27,500 Hektar.

Salam Intifadah buat penyokong Agama Allah...
Ku mulai kalam yang mulia dengan menyeru penyokong agama Allah untuk mempolakan dirimu selaku pejuang dan pendokong agama Allah.Ketika ini,kita mampu mengisi perut dengan kelazatan dunia,tapi nun jauh di sana mereka mengisi perut dengan hanya berbekalkan hampas dunia.Tangan yang lembut mampu membelek lembaran kertas dan kutub dunia,tapi nun jauh di sana tangan yang kasar memegang senjata dan perisai diri.Mata ini menangis kerana tidak cukup nikmat dunia yang digapai,tapi nun jauh disana,mata menangis menunggu janji syahid yang datang.Tiada khilaf dan jurang antara kita dan mereka selain dipisahkan oleh keadaan geografi dunia.Namun,kita leka dan lalai dengan kesibukan dunia yang memujuk kita.Lantaran itu hilanglah kasih dan cinta kita kepada mereka.Sedihku kepada ummatku,kepercayaan diberi tidak digalas dengan dedikasi.Di manakah perjuangan dan tanggungjawab OIC kononnya sebagai legasi dan solidariti tempat kita bersatu menjadi perwira dan pertiwi?Kukecilkan skop kepada lidah yang mengaku beriman dengan Rabb Izzati,namun menjadi kaku dengan diri sendiri.Duhai jiwa dan mata-mata yang mulia,celik dan pandanglah kepada jasad yang memerlukan ihsan kita semua.Bangkitlah dari kamar tidurmu,turunlah berjihad,menggalas senjata,menyusun saf ke arah kita bersatu menentang musuh yang nyata.Teruskan berjuang tanpa menoleh dan menyahut panggilan nafsu dan syaitan durjana.
Salam Perjuangan buat semua......



Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini...