Skip to main content

Kalam untuk Maahad

Kudahulukan kalam Salam Perjuangan buat adik-adik yang masih berjuang di bumi Maahad tercinta.Terlebih dahulu,setangkai kalungan terima kasih ku luruskan buat kalian kerana sudi melapangkan waktu untuk singgah di blog ini untuk menjamah secubit taujihah bagi mengubati kealpaan diri bersama.Telefonku berdering-dering petanda menerima kemasukan panggilan yang berkehendak diriku melayannya.Kelihatan nombor yang tidak bernama di skrin telefon bimbitku.Bimbang di hati untuk menyahutnya kerna memikirkan utusan dan perkhabaran apa bakal mencuri ruang perhatian sepasang telingaku.Kerunsingan mula menyelubungi diri ini bermula bilamana telefon resamku telah dicabul kehormatan hak asasinya pabila diragut oleh kekejaman tanganku sendiri.Kuberanikan diri menjawabnya dan kedengaran suara yang dibawa deruan angin nun jauh dari Pasir Puteh,bumi lahirnya pejuang Tok Janggut,Tok Guru yang sama-sama menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sehinga berguguran syahid di jalan Illahi.Semoga roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang selayak baginya...Fikiran mula merunsing namun kucuba menggagahkan diri,melapangkan telinga mendengar kalam dari insan yang mulia.Kutahu,jika panggilan yang datang dari utusan bumi Maahad mesti membawa pengkhabaran dan memerlukan kerahan pemikiran untuk memenuhinya.Kupernah berjanji,seia sekata dengan sahabat tercinta yang bersusah payah dalam perjuangan di Maahad tercinta,untuk diri ini menetapkan sokongan dan perhatian terhadap Maahad Al-namuzaaji walaupun diri ini telah terputus pertaliannya dari pandangan zahiriah yang menipu.Kupasti kalian di Maahad mengenali diri yang kucintai ini,gelaran Zul-Faisal yang kini sedang berjihad di bidang imu di bumi Al-Azhar.Kadang-kadang,suka hati kecilku teringat kenangan bersama dengannya yang masih terpahat dikalbu ini.Semoga kita mendapat naungan di bawah arasyh Allah,ditempatkan dikalangan mereka yang bercinta dan berkasih sayang kerana-NYA.Diri yang dhaif ini ingin berpesan kepada adik-adik kecilku di bumi Maahad,yang sedang berjuang memerah keringat dan memadu tenaga:
  1. Ingatlah jika anda berada dalam saf kepimpinan,amanah itu merupakan satu taklifan yang berat sehingga haiwan dan bukit bukau tidak sanggup memikulnya.
  2. Jagalah hubungan baikmu dengan orang-orang di bawah dan di atasmu dan ingatlah asal kejadianmu sama seperti mereka.
  3. Teruskan perjuangan dengan menghidupkan usrah Jilul Arifin,Jilul Quran,Jilul Mujaddidin bersama dan jangan wujudkan benteng dan tebing antara kamu.Bersatu dalam satu saf dan jangan bercerai-berai.Kami tidak pernah membezakan kamu di mata dan hati ini.
  4. Jauhkan diri dari sikap meminta-minta jawatan kerna kelak akan menyusahkan diri kamu dan memakan diri sendiri.
  5. Wujudkan sistem perkaderan yang efektif dalam semua badan utama dengan diterajui oleh BALKIS selaku penggerak utama.
  6. Kembalikan kuasa MPP ke tempat yang sepatutnya dan janganlah dicabuli hak sahabatmu di Maahad.
  7. Hubungkan jalingan dengan guru-gurumu walaupun berlainan fikrah denganmu kerna kuyakini di sana ada keberkatan dari tuhanmu.
  8. Hapuskan benteng dan jurang di antara pelajar pondok dan bukan pondok dan wujudkan biah solehah kita bersama.
  9. Seringkali mendampingi buku-buku dan kitab yang selain dari pelajaran harian sebagai bekalan dalam menguruskan dan menyusun organisasi.
  10. Kuyakini kalian mampu melakukan lebih terbaik dari kami dahulu,dan kuharap kalian dapat menampung kekurangan yang tidak mampu kami tampung dahulu.

Comments

admin said…
Salam.... Terima kasih kpd abe loh dengan nasihat yg diberi.

Insyaallah, nur Islam akan kembali bersinar di bumi Maahad yang kian pudar disebabkan oleh begitu banyak cabaran dan masalah yang dihadapi....

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini...