Sunday, November 2, 2008

Imtihan Nisfi

Kehadirannya memang tidak dinanti,namun kemunculannya sudah dijangka.Tidak dinamakan kehidupan jika kaki tidak terpijak onak dan duri.Restu Illahi dicari kerana ia mencengkam hati dan sanubari.Berkata sheikh kepada muridnya akan terbukalah lembaran kitab baru pabila fajar menyinsing di purnama ta...li.Walau tanpa dipinta,namun pasca kehidupan bergerak ke hadpan tanpa menoleh ke belakang.Lantaran itu,berbekalkan keringat yang ada,murid menghadapi dengan restu guru dan keberkatan rabbnya.Duhai sahabat,bersiap siagalah sebelum badai menghanyutkan insan yang penuh dosa untuk menyucikan karat dan daki meniliputi jasadmu.Ku pohon keampunan dari Illahi sebelum kakiku mencecah duri.Pesan guruku,pohonlah keampunan sesamamu jika pernah mengguris hati dan mencucuk duri.


Salam Kejayaan Dunia dan Akhirat buat sahabat FSU tahun 1.

No comments: