Skip to main content

ANTARA HARAPAN FAKULTI DAN IMPIAN DIRI

Salam Keamanan buat semua.Kuhulurkan tangan,berjabat mesra memohon kemaafan jika kalam yang akan diutarakan ini punyai kekhilafan antara kita.Berpegang kepada hak kebebasan bersuara di bawah naungan payungan gergasi PBB,aku tampil mengutarakan pandangan,memohon perhatian sahabat seperjuangan sekalian.Walaupun pada mata zahirnya,aku bercerai talak satu dengan SMSU,namun diri ini masih menunggu waktu tamatnya iddah natijah kita bersama dahulu.Kuharap waktu ini berpanjangan dan berlarutan tanpa dipisahkan oleh Laut China Selatan yang seringkali mengganas,membawa petanda dan amaran kepada manusia sejagat.Ikhlas hati ini mengatakan perasaan cinta terhadap rakan-rakan SMSU masih berkekalan disanubari.Jauh di dalam hati kecilku mengimbas kembali kenangan waktu kita bersama,bercangkarama di bawah sinaran kilauan matahari,dihujani percikan Air Terjun Sg Tekala yang pasti menunjukkan kebesaran dan keindahan ciptaan Illahi.Pendek kata,hati ini masih terikat dan ditambat dengan rabitah Ukhuwwah Fillah yang pasti berkekalan,dan akan melakar sejarah kita bersama.Diri ini tersedu seketika mengimbas kata-kata sahabiyah di tamhidi dahulu,mengungkapkan bahawa diri ini mula menjauhkan diri,beruzlah seorang diri tanpa menghiraukan diri mereka kini.Aku memohon keampunan dan beristighfar jika diri ini seburuk apa yang dikata kerna manusia penuh kejijikan dek kerana lahir dari setitis air mani yang hina dan dina tanpa kita sedari.Diri ini ingin berpesan kepada rakan-rakan yang masih berjuang di sana.Teruskan perjuangan kalian di bidang ilmu Syariah dan Undang-udang kerna kuyakini ia bidang yang mulia dan diredhai Illahi.Namun ikhlas hati ini gawat seketika,memikirkan bebanan ilmu yang kalian kejari,takut-takut tersasar dari jalan dan petunjuk Illahi.Ingin diri ini tegaskan di sini,semua ilmu mulia di sisi Illahi jika disertai dengan keikhlasan kepada Illahi untuk mengejar keberkatan dari Rabbul Izzati.Kuperingatkan di sini,bebanan memikul ilmu Syariah jauh lebih mulia berbanding undang-undang ciptaan manusia,yang kurangnya keadilan dan kebersamaan utuk meletakkan kita bersama di bawah petunjuk Illahi.Jauh hati kecil ini sedih dan hiba diri,memikirkan segelintir dari diri yang lebih mementingkan undang-undang ciptaan manusia dari keagungan Syariah ciptaan Illahi.Ada yang malu mengakui bahawa diri ini penuntut dimajal syariah dek kerana keangkuhan diri membesarkan undang-undang ciptaan sendiri.Tidak salah menuntut apa yang dimiliki kini,namun ingatlah ia perlu disandar kepada petunjuk Illahi.Besar harapan fakulti untuk melahirkan mereka yang mampu mendepani arus globalisai dibidang syariah yang penuh mehnah dan tribulasi,namun dibimbangi terkubur dek kerana impian dan perasaan diri yang tersasar dek kerana kealpaan diri.Satu keajaiban pasti berlaku di sana pabila dikatakan pelajar syariah mampu menguasai bahasa ajnabi yang diagungkan di mata tipuan dunia ciptaan Illahi,namun tiada keanehan jika diungkapkan pelajar undang-undang mampu berdiskusi dalam bahasa asing pujaan makhluk illahi.Kumengajak diri ini dan kalian yang sudi untuk sama-sama beristighfar kepada Illahi,jika telah tergelincir dari petunjuk dan pimpinan illahi.Yakinlah dalam diri bahawa jika kita mengejar Akhirat,sudah pasti dunia akan mengejar kita walau tanpa dipohoni.Tanamkan juga dalam diri bahawa, jika kita mengejar ilmu syariah pimpinan Illahi,sudah pasti undang-undang pasti mengekori diri ini.

Sekian,salam kerinduan dan ukhuwwah fillah untuk semua...

*Bersamalah kita menghidupkan kembali friendster group TSU 07/08 kembali.


Comments

This comment has been removed by the author.
salam,lah
bukak frenster group yg baru pn xpe..
gabung smsu dgn fiqh fatwa batch kita..
Unknown said…
hm.....insyallah ....ukhuwah fillah abadan abada...

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini