Skip to main content

MENCARI SINAR SUFI

"Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya ALLAH yang maha tahu rahsia di dalamnya,begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa tapi hanya ALLAH yang maha tahu rahsia disebaliknya...jika rasa kecewa,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang...jika rasa sedih,pandanglah ke langit,sedarlah bawa ALLAH sentiasa bersamu",begitulah bunyinya mesej yang dikirim teman juniorku dari Terengganu.Pabila membaca mesej yang dikirimnya,teringat daku ketika mana dia bersuara meluahkan rasa,nekad dirinya membawa diri,melayari keluar dari bumi Maahad yang kucintai.Pesanku kepadanya,"Jadilah kamu sebagai duta yang akan mncorakkan dunia dengan penamu,jadilah kamu seperti mutiara,walau dicampak ke mana arahnya,namun tetap membawa sinar abadi untuk semua".Sejenak kurenung memikir kedhaifan diriku.Kalau dulu aku dikenali orang yang petah berkata-kata,bersemangat waja pabila bersuara namun kini ia lenyap mengikut deruan ombak yang menggila dan memukau setiap mata yang memandangnya.Pernah kusuarakan bisikan nuraniku kepada teman seperjuangan dahulu,yang kini menunggu menjadi Al-Hafiz di Kuala Kubu Baru,namun disapa dengan kalamnya,"Syeikh,teruskan perjuanganmu dalam medan dakwah,berada dalam deretan satu jemaah,walau di mana dirimu berada".Lantas diriku terkesima dan terpukau !!Apakah aku telah tersasar dari jalan yang sebenar?Di mana janjiku dahulu untuk mewakafkan diriku di dalam perjuangan agama?Suara kecil hatiku seolah-olah meronta mencari nur Illahi supaya ditunjukkan jalan dan tarikat yang sejati.Ku cuba menenangkan hati ini,mencari amalan pembersihan diri.Kucarinya di segenap pelusuk negeri,dan kupasti janji Allah pasti menemui diri ini.Tanpa diri yang dhaif ini merancang,namun ketentuan ALLAH pasti terjadi.Ku dibawa rakan menyertai jemaah sufi,memohon kepada Illahi dibekalkan hati yang suci.Kalau dulu,kononnya diri ini dikatakan orang yang khilaf dengan fahaman sufi,namun kini cuba mencari ruang,menempatkan diri bersama golongan sufi dan al-habaib.Kini,kumenarik nafas lega,mengucap syukur kepada Illahi.Hati yang dulu gundah gelana namun beransur tenang mengikut kemerduan suara burung yang bersiulan.Kurakamkan Jazakallahu khairan jazaak kepada teman yang mengajak diriku menghadiri Majlis Haul Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad kerana memimpin diri ini bersama mencari cahaya kehidupan ini.Hati ini ingin berpesan kepada teman yang bersama menyertai walaupun diri ini masih baru menjinakkan diri,"Amalkan ratib Al-Haddad setiap hari,InsyaAllah ketenangan pasti menusuk ke kalbu diri ini".


Terima kasih duhai sahabat..............Kalau ada majlis lagi,ajaklah teman lagi.InsyaALLAH jika berkelapangan,ingin sekali diri ini menyertai lagi..

Comments

Islam itu agama yg tinggi.Banggalah dengannya.Bangga bukan merasa diri mulia,bangga bukan mahu dikenali dimata dunia,tetapi banggalah krn kitalah umat terpilih,kitalah penyambung rantai perjuangan.Ingatlah,mulia kita kerana Islam,hina kita kerana lupakan Islam.

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini