Skip to main content

AKADEMI FANTASIA 8

Salam Hiburan buat semua warga Malaysia.Hari ini,bagaimana diperlihatkan kepada kita kegemaran rakyat Malaysia terhadap rancangan realiti hiburan khususnya Akademi Fantasia.Rancangan yang diterbitkan oleh Astro ini bertujuan untuk melahirkan artis-artis yang berisfat seperti pisang goreng bagi membanjiri dunia hiburan tanah air.Akhirnya,pelajar-pelajar yang dilahirkan akan bergelar artis dan membawa gelaran selebriti.Inilah fenomena masyarakat kita pada hari ini.Apabila ditanya kepada kanak-kanak dan remaja,apakah cita-cita anda.Dengan selamba mereka akan berkata mahu menjadi artis dan bergelar selebriti.Apatah lagi,ibu bapa,keluarga dan pemimpin yang membudayakan dikalangan anak-anak muda untuk menjadi artis apabila tidak berminat lagi untuk belajar.Yang paling penting,boleh mengharumkan nama keluarga dan negara.Apa sudah jadi Malaysiaku tercinta?


Adakah Falsah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan berilmu tidak berjaya atau telah gagal?Dimanakah perjuangan untuk membentuk anak muda kita menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara?Aku malu memikirkan keadaan masyarakat kita pada hari.Tidak salah untuk berhibur di dalam Islam tapi janganlah melampaui batas.Sehinggakan ada yang menangis teresak-esak apabila artis pujaan mereka tersingkir daripada AF.Jika minggu demi minggu bumi Malaysia dilinangi air mata hiburan,apa sudah jadi anak bangsa kita..Apatah lagi Melayu yang paling ramai...
Aku tidak menyalahkan kerajaan dalam kes ini kerana ini lumrah perasaan manusia.Aku juga tidak menyalahkan Astro kerana tugas mereka hanyalah mahu mengaut keuntungan dalam perniagaan.Namun,kita yang perlu memikirkan bersama.Jika benarlah mahu melahirkan artis yang boleh mengharumkan nama negara dan dunia hiburan,berapa orang yang lahir daripada AF yang mampu berbuat seperti itu?Sekadar menyebutkan 2,3 orang itu tidak mampu kerana sudah banyak yang dilahirkan daripada AF bermula AF1 hinggalah ke lapan pada hari ini.Apa sudah jadi?Tidak cukupkah dengan artis yang sudah ada pada hari ini kalau benar-benar mahu mengharumkan nama negara?Itupun kalau mereka boleh menguntungkan negara..Aku tidak pernah membenci dunia hiburan ataupun dunia artis.Namun,aku sedih melihat situasi masyarakat pada hari ini dalam ketaksuban mereka mendaulatkan artis melebihi Allah dan Rasulnya.Ataupun melebihi apa yang sepatutnya.Sebagai pimpinan mahasiswa di peringkat kampus,aku menyeru seluruh warga mahasiswa untuk kita kembali kepada matlamat asal tujuan penciptaan manusia.Tidak salah untuk kita berhibur namun biarlah Islam dijadikan panduan.Jangan biarkan kita diselebungi dunia hiburan yang melalaikan...

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini...