Skip to main content

Apco bersih imej negara angkara tohmahan Anwar

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
2010/04/24

KUALA LUMPUR: Isu Apco Worldwide, syarikat perunding komunikasi antarabangsa yang memberi khidmat kepada kerajaan sehingga dituduh pembangkang kononnya menggugat keselamatan negara, mewarnai perbahasan sepanjang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang berakhir kelmarin.

Namun, keputusan Dewan meluluskan usul menghadapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat tuduhan itu ‘membuktikan ada kes’ untuk disiasat.

Selepas pelbagai penjelasan diberikan di dalam dan luar Dewan, pembangkang masih bertegas mengatakan kehadiran Apco boleh mengancam keselamatan negara, selain dikatakan bertanggungjawab mencipta 1Malaysia selepas membentuk One Israel. Isu Apco diputarbelitkan pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat khususnya orang Melayu terhadap kerajaan kononnya mempunyai hubungan dengan regim Israel. Ia digunakan sepenuhnya pada kempen di Hulu Selangor.

Bagaimanapun, ia dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz ketika berbahas dengan menjelaskan khidmat Apco adalah meningkatkan kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi, menjayakan pelbagai program mempromosi 1Malaysia dan meningkatkan kepakaran pegawai media serta komunikasi korporat melalui latihan dan pemindahan kemahiran serta mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di arena antarabangsa.

Katanya, tidak ada data rahsia yang dikongsi atau diguna pakai Apco sehingga menggugat keselamatan negara dan dakwaan itu sengaja diada-adakan untuk kepentingan politik Anwar.

Fakta sama turut disokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau yang kesal dengan tindakan Anwar melemparkan tuduhan jahat kononnya Apco terbabit dalam One Israel dan 1Malaysia.
“Anwar terdesak memburukkan gagasan 1Malaysia terutama selepas melihat sokongan terhadap Najib terus meningkat sehingga 68 peratus berbanding 44 peratus ketika menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009.

“Dia berhempas pulas memikirkan tuduhan untuk mengabui mata rakyat dengan mencipta isu Apco kerana malu dengan masalah PKR apabila beberapa Ahli Parlimennya beralih arah hingga dia hilang kelayakan sebagai Ketua Pembangkang tetapi terus kekal atas ihsan DAP.

“Dia juga takut kerana Perdana Menteri diterima pada peringkat antarabangsa sehingga menjadi wakil tunggal negara Asia Tenggara dapat bertemu Barrack Obama,” katanya.

Khairy berkata, kontrak perkhidmatan Apco ditandatangani pada Ogos 2009, sedangkan IMalaysia diilhamkan Perdana Menteri ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ini dibuktikan menerusi alamat blog Najib iaitu www.1msia.com yang diwujudkan pada 16 September 2008.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula berkata, One Israel yang heboh dikatakan pembangkang itu hanya pakatan parti politik di negara berkenaan. One Israel adalah gabungan tiga parti dan tiada persamaan langsung dengan 1Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad menjelaskan khidmat Apco diperlukan untuk mencuci tohmahan dilemparkan Anwar sehingga menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa.

Katanya, kerajaan perlu menguruskan imej negara melalui amalan perhubungan awam yang baik untuk memberi gambaran positif kepada masyarakat antarabangsa, sekali gus meyakinkan pelabur menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi.

“Kerajaan perlu yakinkan segala perkara termasuk berita yang boleh menjejaskan imej negara dikurang atau dihentikan sebelum ia digunakan pihak tertentu untuk merosakkan nama Malaysia,” katanya ketika perbahasan.

Ulasan :

Sebelum ini,berhempas pulas Ahli Parlimen Parti.... dan kerajaan menafikan bahawa tiada penglibatan syarikat Israel di Malaysia.Semalam,lain pula ceritanya apabila mengakui kewujudannya tetapi untuk membersihkan imej negara apabila diburukkan oleh pembangkang.Apa sudah jadi dengan pemimpin negara hari ini?Sekejap cakap A,selepas itu cakap B pula.Yang pastinya akan merana dan bertambah keliru adalah kita rakyat jelata.Saya mengharapkan selepas ini,sebarang kenyataan menafikan atau menyokong haruslah bersandarkan kepada fakta dan hujah bukan hanya memenuhi persoalan wartawan sahaja.Ini akan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada rakyat khususnya mahasiswa.Allah jelas-jelas melarang kita untuk menjadikan Israel sebagai pembantu apatah lagi kalau dijadikan orang kanan.Saya kira imej negara semakin tercalar jika Israel dijadikan sahabat bukan lagi dapat dipulihkan.Sepatutnya,kita menghargai khidmat kepakaran rakyat Malaysia yang telah berjasa kepada negara dan mempunyai nama seantero dunia untuk membantu mempromosikan negara kepada dunia luar.Semoga dengan itu,matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri terlaksana.

Sekian.

Comments

salam..

cukup sedih dgn isu ini..rakyat semakin keliru dikaburi kata2 yg tidak ada asas yg kukuh..jumlah dlm 7.7 juta,jmlh yg sbt byk tlh dibyr kpd apco hnya krn sebgai perunding komunikasi..mahasiswa perlu tahu dan sedar isu ni..

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini...