Skip to main content

PARLIMEN MAHASISWA




Parlimen Mahasiswa Perlu Mampu Tonjol Imej IPT

PULAU PINANG, 7 Jan (Bernama) -- Pembentukan Parlimen Mahasiswa di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mampu mengetengahkan imej tersendiri IPT tanpa ada pengaruh luar, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.Beliau berkata asas itu penting memandangkan cadangan pembentukannya datang dari golongan mahasiswa yang mahu satu saluran bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka."Modelnya juga perlu berbeza bagi menonjolkan kematangan dan identiti mahasiswa di setiap IPT, format serta garis panduannya juga terpulang kepada pihak universiti."Ini sebagai latihan kepada mahasiswa dalam memperkasakan kokurikulum iaitu kemahiran insaniah dan teras kokurikulum khususnya dalam pengucapan awam dan kepimpinan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kertas cadangan kerangka penubuhan Parlimen Mahasiswa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) Mohamad Shafiq Abdul Aziz di sini Khamis.MPP USM merupakan yang pertama menyerahkan kertas cadangan penubuhan Parlimen Mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi.Saifuddin turut mengingatkan mahasiswa supaya tidak menyalahgunakan platform yang ada untuk membahaskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.Terdahulu Saifuddin menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara USM yang diwakili Naib Canselornya Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Jabatan Kimia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang diwakili Ketua Pengarahnya N. Hithaya Jeevan.Perjanjian itu bertujuan memberi latihan dan penempatan kepada pelajar USM dan peluang melanjutkan pengajian di USM bagi pegawai Jabatan Kimia.

-- BERNAMA

PANDANGAN :

Salam 1 Mahasiswa buat semua.Saya menyambut baik cadangan Mohammad Syafiq Abdul Aziz, mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) agar pihak kementerian menubuhkan Parlimen Mahasiswa.Cadangan ini juga telah disambut baik oleh KPT melalui Timbalan Menterinya Dato’ Saifuddin Abdullah apabila bersetuju untuk melihat secara mendalam cadangan yang telah diutarakan oleh wakil mahasiswa USM.Tahniah buat sahabat-sahabat MPP USM.Saya melihat ini merupakan platform yang terbaik bagi wakil mahasiswa untuk melontarkan idea dan cadangan mereka untuk pembangunan mahasiswa itu sendiri serta Negara amnya.Namun,perlu diingat agar Parlimen Mahasiswa ini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak atau ia tidak hanya retorik politik semata-mata.Kesudiaan dan kesediaan YB Timbalan Menteri untuk melihat secara mendalam idea penubuhan ini amat dihargai oleh semua pihak.Saya mengharapkan keprihatinan YB tidak disalah anggap dan dipandang rendah oleh mana-mana pihak demi melihat pembangunan mahasiswa sejagat.Jika Malaysia mampu mewujudkan Parlimen Mahasiswa ini,ia akan menjadi contoh kepada Negara Asia dan negara jiran tentang kesuburan demokrasi kampus di IPT Malaysia.Namun demikian,saya melihat beberapa perkara perlu diperhalusi tentang penubuhan Parlimen Mahasiswa ini demi kebaikan bersama :

1)Parlimen Mahasiswa perlu diwujudkan di peringkat KPT dan dianggotai oleh semua wakil mahasiswa.Ini akan menjadi medan bagi mahasiswa untuk berbincang dan berkongsi pandangan dalam memajukan dunia kampus dan Negara.

2)Idea dan gagasan penubuhan ini haruslah dibentangkan kepada semua wakil mahasiswa di setiap kampus dan diperdebatkan untuk keadilan bersama.

3)Kaedah pelaksanaan parlimen ini mestilah dibincangkan secara mendalam oleh semua pihak dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

4)Hak pengendalian mestilah diserahkan sepenuhnya kepada mahasiswa tetapi mestilah tertakluk kepada norma-norma keadilan dan sosial masyarakat.

5)Parlimen ini mestilah melibatkan semua wakil mahasiswa di setiap kampus tanpa mengetepikan hak perwakilan yang telah dipilih oleh mahasiswa kampus masing-masing.Untuk permulaan,semua wakil IPT perlu dilibatkan.

6)Cadangan wajar bincangkan di dalam MPPK kerana inilah platform yang telah meletakkan pimpinan mahasiswa bersama dari setiap kampus.

7)AUKU wajar diperhalusi kembali sejajar dengan idea penubuhan Parlimen Mahasiswa untuk memberikan kebebasan menyeluruh kepada mahasiswa untuk berbincang dan berdiskusi.

Demikiankanlah cadangan untuk melihat Parlimen ini benar-benar memberikan impak yang positif kepada pembangunan mahasiswa.Untuk makluman semua,USIM melalui Majlis Perwakilan Pelajar yang lepas telah menganjurkan Sidang Pleno sempena Karnival Mahasiswa ’09.Pelaksanaan sidang ini seakan-akan Parlimen Mahasiswa yang telah dicadangkan penubuhannya.Bezanya,sidang ini hanyalah melibatkan pimpinan mahasiswa USIM sahaja dan tidak melibatkan semua wakil kampus.Resolusi yang telah dicapai daripada sidang ini juga telah mendapat respon yang baik daripada pihak pengurusan Universiti.Akhirnya,saya mengharapkan idea penubuhan Parlimen Mahasiswa ini benar-benar tercapai dan memberikan kebaikan buat semua.

Salam 1 Mahasiswa!!

Mahasiswa Cerminan Pemimpin Masa Hadapan

Abdullah Bin Long

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini