Skip to main content

ISU KOLEJ KEDIAMAN


Saya merakamkan ucapan takziah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang tidak diterima permohonan mereka untuk tinggal di kolej kediaman pada sesi hadapan.Adalah dimaklumkan,sebanyak 906 permohonan telah diterima daripada jumlah permohonan untuk tinggal di kolej kediaman sebanyak 2624 permohonan.Angka ini jauh tersasar daripada ramalan yang dilakukan oleh segelintir rakan-rakan melalui FB dan Blog sejak isu ini sedang hangat dibicarakan.Besar kemungkinan,ramalan saudara/I sebelum ini adalah dengan mengambil kira jumlah mahasiswa/I yang tidak memohon untuk tinggal di kolej kediaman bagi sesi hadapan.Walaubagaimanapun,saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memperjuangkan isu ini melalui laman sosial seperti ini.Tindakan yang dilakukan oleh rakan-rakan menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan yang tinggi terhadap isu kampus khususnya kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.Saya mengharapkan,momentum ini berkekalan sepanjang pengajian kita di USIM ini.Kami di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar telah sedaya -upaya berusaha untuk memastikan agar kebajikan kita semua terjaga dan terbela.Saya mewakili ahli MPP memohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya hati dan tuntutan daripada rakan-rakan semua.Dengan mengambil kira waktu peperiksaan akhir ini,saya bersama MPP yang lain telah sedaya- upaya untuk memastikan isu penempatan kolej kediaman ini ditangani dengan sebaiknya.Saya amat mengharapkan rakan-rakan mahasiswa/I cuba untuk memahami kondesi kami sebagaimana kami cuba untuk memahami anda semua.Kesanggupan dan kesudian rakan-rakan amatlah saya hargai dan sanjungi.Sebagai perwakilan pelajar,kami cuba ingin memahami keadaan pihak pengurusan universiti dan pada masa yang sama perlu juga menghormati pandangan dan pendirian saudara/i.Sebagai mahasiswa/i.,kita seharusnya matang dalam bertindak agar tindakan yang dilakukan tepat dan tidak merugikan mana-mana pihak.Saya meyakini bahawa tindakan sebegini juga yang telah dihayati oleh pihak pengurusan universiti.Saya amat terharu dengan kesudian YBhg. Dato’ TNC HEPA bersama para pegawai untuk mengadakan perbincangan bersama MPP baru-baru ini.Adalah diharapkan,hasil keputusan daripada perbincangan baru-baru ini dapat dilaksanakan demi kebaikan kita bersama.Keputusan perbincagan baru-baru ini boleh dirujuk di blog rasmi Majlis Perwakilan Pelajar USIM.Tindakan susulan daripada perbincangan itu juga,satu Majlis Taklimat Lanjut Penjelasan Mengenai Penempatan Kolej Kediaman akan diadakan pada hari Ahad ini bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court.Saya menyeru kepada saudara/I untuk hadir bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai isu ini.Peluang sebegini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.Sebagai mahasiswa/I Melayu dan beragama Islam,saya mengharapkan agar kita semua masih boleh menjaga tertib dan tatasusila ketimuran yang diwarisi.Kita akan menggunakan kaedah diplomasi sebaik mungkin selagi ia merupakan kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit seperti ini.Tindakan segelintir pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memarakkan api semangat yang bersifat kebudak-budakkan amat dikesali dan dipandang serius.Sesungguhnya,saya bersama-sama rakan-rakan MPP memahami keadaan ini kerana kami juga mahasiswa dan remaja sebagaimana saudara/i.Harus diingat,selagi ruang perbincangan dan diplomasi merupakan jalan yang terbaik,kami akan terus untuk mengekalkan kaedah ini.Namun,ini bukan bermakna kami menolak sepenunhnya cadangan dan pendirian saudara/I dalam menangani isu ini.Saya mengharapkan,kita semua bersedia untuk berubah bersama-sama gelombang isu ini dan bukan ianya hanyalah semangat bermusim sahaja.Namun,biarlah perubahan yang dilakukan ke arah yang lebih baik demi kebaikan dan kesejahteraan kita semua.

Adalah diingatkan bahawa segala pandangan di dalam tulisan ini merupakan idea dan pandangan peribadi daripada penulis sendiri.

ABDULLAH BIN LONG
Naib Yang Dipertua 1,
Majlis Perwakilan Pelajar,USIM.
1 Mei 2010 JAM 3.30 A.M.

*Penulis sedang mengadakan persiapan untuk Rancangan Suara Siswa yang akan diadakan pada 4 Mei ini.InsyaAllah,nantikan kemunculan kali ke dua penulis di dalam rancangan ini.Tajuk perbincangan kali ini ialah Mahasiswa Teori VS Mahasiswa Praktikal.Penulis mengharapkan agar rakan-rakan dapat mendoakan agar seusuatu yang terbaik dapat dipersembahkan nanti.

Justify Full

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini