Skip to main content

JANGAN MENCACI PEWARIS NABI







"Ulama' pewaris para nabi"
Hadis riwayah Ibn Majah

Saya mulakan tulisan pada kali ini dengan merujuk kepada hadis berkenaan dengan Ulama' adalah pewaris para nabi.Tidaklah nabi-nabi itu meninggalkan harta dan takhta kepada kita tetapi baginda semua meninggalkan ulama' untuk kita ikuti.Sudah menjadi adat masyarakat sekarang apabila dengan mudah mengina dan mencaci para ulama'.Dikatakan ulama' itu ketinggalan zaman,menolak kemajuan,,mundur,tidak tahu mentadbir dan berbagai-bagai kutukan dan cacian ditujukan kepada mereka.Apatah lagi,amat menyedihkan jika kutukan itu datangnya dari melayu kita yang mengaku Islam.Di manakah letaknya keimanan mereka terhadap hadis yang kita bicarakan di awal tadi?

Jangan dihina dan dicaci para ulama' itu.Bila kita caci ulama' dan tok-tok guru ini,kita juga telah mencaci agama kerana tugas mereka adalah menyampaikan pesanan agama.Bila kita caci mereka,dibimbangi kita juga mencaci para nabi kerana mereka adalah penyambung rantai-rantai perjuangan para nabi.Oleh kerana mereka adalah pewaris nabi,maka mereka tidak akan sama-sekali berdiam diri dalam menegur perkara mungkar.Jika adapun yang hanya mendiamkan diri dan bersetuju dengan kemungkaran yang dilakukan,mereka-mereka itu dikira ulama' suk atau ulama jahat.Kadang-kadang,mereka yang berdiam diri dipanggil juga dengan gelaran syaitan bisu.

Peranan dan tugas ulama' amat besar.Mereka sesekali tidak akan berdiam-diri dari mengingatkan masyarakat tentang akhirat.Setiap perbuatan yang kita lakukan ada dosa dan pahalanya.Dari dosa dan pahala itulah yang akan menentukan tempat kita di akhirat nanti.Teringat pesanan Tok Guru Nik Aziz bahawa apabila kita sudah sampai di akhirat,ia amat berbeza dengan dunia pada hari ini.Akhirat berbeza dengan Kelantan,Malaysia,England dan sebagainya.Kalau di dunia,kita boleh berurusan dengan mata wang Ringgit ataupun Dolar.Itupun sudah terbatas mengikut sempadan wilayah negara.Namun,di akhirat hanya amalan yang soleh sahaja diterima sebagai matawang.Segala yang kita miliki di dunia akan hancur dan ranap ditelan bumi.Pada saat itu, bukan waktunya untuk kita bekerja mencari amal tetapi ia waktu untuk kita menerima pembalasan amalan yang dilakukan di dunia ini.Jika kita menghina para ulama',saat itu kita akan dihitung dengan hitungan yang sebenar-benarnya dihadapan Allah.

Sebab itu,sejauh mana kita degil dan jahil sekalipun,jangan dihina para ulama' itu.Biarkan mereka dengan urusan dan kerja mereka.Tugas kita hanya mengikuti mereka sahaja.Ingatlah bahawa mereka yang menghina para ulama' dan tok-tok guru ini hidup mereka tidak akan bahagia selamanya.Sudah banyak bukti akibatnya yang telah berlaku dan ada juga yang saya saksikan.Saat bila dan di mana yang akan datang,semuanya urusan Allah yang menentukan.Kita sebagai hamba hanya perlu mengelakkan daripada peristiwa itu berlaku.Semoga Allah menjauhkan kita daripada azab disebabkan kejahilan dan kebodohan manusia-manusia seperti itu.

Ada yang berhujah kononnya ulama' ini bukannya mak'sum dan suci dari dosa.Jadi,mereka halal untuk kita kritik dan sanggah hujah mereka.Ya,saya tidak nafikan pendapat golongan-golongan seperti ini.Saya pun tidaklah taksub dengan mereka ini.Cuma persoalan saya kepada golongan ini,adakah mereka mahu jika diri mereka dan keluarga sendiri dihina dan dicaci tanpa ada hak pembelaan?Adakah mereka suka menghina kaum-kerabat dan sahabat-sahabat sendiri?Dan adakah mereka pernah menghina dan mencaci para pemimpin negara yang melakukan kemungkaran bersalahan dengan hukum yang ditetapkan syariah.Saya yakin mereka tidak melakukannya kerana ada kepentingan tertentu disebaliknya.Begitulah juga kita dengan para ulama' ini.Jika dengan golongan-golongan tadi kita ada kepentingan,maka dengan para ulama' adalah lebih-lebih lagi.

Akhirnya,saya merasakan lebih baik untuk kita ikut Quran dan Sunnah.Untuk ikita ukur sesuatu perkara itu samada betul atau salah,ukurlah dengan Quran dan Sunnah.I.Allah,segalanya akan baik dan selamat.Ia sudah menjadi peraturan bagi kita sebagai hambaNya.Dan peraturan seperti inilah kita katakan ia sebagai agama.Bagi mereka yang merasakan janggal dengan hukum agama,ingatlah setiap perkara dalam hidup ini ada undang-undang dan peraturannya.Kalau Malaysia ada peraturannya,Singapura pun ada peraturannya,maka lebih-lebih lagi kerajaan Allah itu juga ada peraturannya.Dan undang-undang peraturan Allah itu sudah tercatat dalam Quran sebagai asas perlembagaannya.Selamatlah mereka yang menjadikan ia sebagai asas rujukan kehidupan.

Sekian.



Comments

Assalamualaikum.

Benar. Usah mencaci ulama' sebaliknya sanjunglah mereka kerana mereka, kita mampu 'beragama' kini. Jika tidak jasa para Ulama', sudah pasti seluruh umat dizaman ini sudah terjerumus dalam lembah kesesatan, sebaliknya dengan adanya mereka menyambung perjuangan menyebarkan da'wah dan Islam tanpa kenal erti penat lelah dan rela menelan segala maki hamun masyarakat. Sewajarnya, kita bersikap lebih beradab dengan ulama ulama. Walaupun kita lihat adanya perselisihan dalam pendapat mereka, namun perselisihan bukan bererti musuh.

Seorang anak yang berselisih memilih warna cat rumah bukan bererti mereka tidak sehaluan. Perselisihan sebenarnya lambang kewarasan akal manusia yang menimbang dari perspektif yang berbeza.

Ayuh, kita semarakkan kecintaan kepada sekalian para Ulama'.
Bukan dengan cara menganggap mereka sebagai Raja, tetapi dengan mengikuti nasihat dan tunjuk ajar dari mereka kerana mereka lebih faham apa itu Islam berbanding kita.

Wallahua'alam..

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini